Sebar Islam menerusi Braille, OKU penglihatan terima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2023

Meluahkan kesyukurannya, Zamzuri menganggap anugerah diterimanya itu membuktikan pentingnya golongan OKU dalam menyebarkan syiar Islam

10:00 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kepakaran dalam Braille dimiliki Zamzuri Ghani, 48, yang juga orang kurang upaya (OKU) (Penglihatan) tidak disia-siakannya apabila menjadikan bakat itu sebagai ‘batu loncatan’ dalam menyebarkan Islam, sehingga dinobat penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023.

Malah, dia bukan sahaja aktif dalam penerbitan dan pengedaran Al-Quran Braille dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Braille, tetapi juga giat menganjurkan kelas mengaji serta fardu ain untuk golongan terbabit.

Pengurus Operasi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) itu berkata, beliau aktif membantu OKU penglihatan mendalami Islam dan membaca Al-Quran melalui badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan sejak 2001.

“Saya sudah menerbitkan 58 bahan bacaan Islamiah kepada OKU penglihatan serta menyediakan buku teks di bawah Kementerian Pendidikan yang menjadi rujukan pelajar terbabit, malah kaedah ini amat membantu mereka untuk menghafal.

“Alhamdulillah, kejayaan (anugerah) ini membuktikan pentingnya golongan OKU dalam menyebarkan syiar Islam walaupun kalau nak diikutkan, sumbangan saya tidak sebesar mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Picc), hari ini.

Selain Zamzuri, Anugerah Maulidur Rasul SAW itu diterima lima individu, iaitu Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, Datuk Kamarudin Abdullah; bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (1994-2000), Datuk Misnu Taha; Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Dutch Lady Milk Industri, Datuk Dr Mohd Nordin Mohd Nor; Yang Dipertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer serta bekas Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang, Shaariah Dahman.

Sementara itu, tokoh kewangan, Profesor Datuk Syed Othman Syed Husin yang diumumkan penerima Anugerah Perdana sempena Maulidur Rasul SAW tahun ini, menasihatkan umat Islam sentiasa melaksanakan perkara mahmudah bagi memastikan ia seimbang dengan ajaran Rasulullah SAW.

Tegasnya, orang ramai perlu menerapkan akhlak mulia dalam pertuturan, menjauhi fitnah dan mengelakkan pembohongan, khususnya menerusi media sosial.

“Kita perlu mempunyai akhlak terbaik barulah mampu kita pengaruhi keluarga kita dengan perkara positif. Pada masa sama, ia mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan kebaikan mahupun mempamerkan akhlak terpuji, khususnya dalam memberi contoh kepada masyarakat bukan Islam.

“Ini dapat dibuktikan dengan kisah seorang warga emas berumur 80 tahun menganut Islam baru-baru ini disebabkan kebaikan jiran Muslimnya. Keluarganya lebih mengabaikannya, namun berbeza dengan sikap jirannya yang sentiasa membantu, malah membawanya bercuti. Akhirnya dengan kebaikan jirannya itu, dia memeluk Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Othman menyarankan mekanisme dan dasar secara holistik bagi ‘memasyarakatkan’ penggunaan kewangan Islam di seluruh negara, diwujudkan.

Bekas Pemangku Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berpandangan, pelbagai kelompongan perlu diperbaiki demi memastikan institusi kewangan Islam dapat meningkatkan keyakinan golongan bukan Islam terhadap produk mereka.

“Saya rasa dah buat banyak institusi kewangan islam, insuran takaful atau bank konvensional yang menjadi bidang termashyur di dunia, banyak perkara dilakukan Malaysia.

“Namun, bagaimana nak dakwahkan kepada lain (bukan Islam) untuk ikut kita kepada bidang kewangan Islam. Jika tidak direalisasikan sukar untuk memasyarakatkan kewangan Islam di Malaysia,” katanya. – 28 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related