Mydin tawar diskaun hingga 20 peratus kepada pengamal media bagi barangan terpilih

Diskaun sah selama setahun bermula 15 September itu, membabitkan cawangan Mydin di seluruh negara

6:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petugas media yang memegang kad perakuan dari Jabatan Penerangan boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus bagi barangan kategori bukan makanan yang terpilih, sekiranya mereka berbelanja di Mydin.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, diskaun itu sah bagi tempoh setahun, bermula 15 September 2023 hingga 14 September 2024.

“Program diskaun khas ini melibatkan cawangan Mydin di seluruh negara.

“Semua petugas media yang memegang kad perakuan media dari Jabatan Penerangan dan masih dalam tempoh sah laku, layak mendapat diskaun khas ini,” katanya kepada Scoop.

Menurutnya, petugas terbabit wajib mempamerkan Kad Perakuan Media mereka di kaunter bayaran.

“Harga tertera adalah tertakluk kepada perubahan harga semasa.

“(Namun) Terdapat banyak lagi diskaun barangan terpilih dan mereka boleh ke kaunter perkhidmatan atau kaunter bayaran untuk semakan,” katanya.

Berdasarkan memo terma dan syarat diskaun khas kepada petugas media dikongsikan kepada Scoop, antara contoh barangan bukan makanan diberikan potongan istimewa adalah baju kurung, kain pelikat, songkok dewasa, tuala dan alat tulis terpilih.

Terdahulu, Ameer berkata, diskaun itu diberikan kepada pengamal media sebagai komitmen dan penghargaan pihaknya kepada golongan terbabit yang banyak menyalurkan maklumat serta komunikasi tepat kepada masyarakat. – 28 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related