Mesyuarat pertama Jawatankuasa Harmoni bulan depan bincang isu agama, kaum

Jawatankuasa tersebut akan menjadi jurucakap untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai agama Islam itu sendiri

5:28 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mesyuarat pertama Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang diaktifkan semula akan diadakan bulan depan bagi menyelesaikan persoalan berkaitan agama dan kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, mesyuarat jawatankuasa itu yang turut berperanan menjadi medium perbincangan antara pemimpin agama, akan dipengerusikan beliau bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

“Jawatankuasa tersebut akan menjadi jurucakap untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai agama Islam itu sendiri.

“Menteri (Aaron) terima cadangan dengan baik. Ini adalah cerminan semangat kebersamaan antara kami,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mohd Na’im berkata, pengaktifan semula jawatankuasa yang ditubuhkan pada 14 Ogos 2020 itu membolehkan pihaknya memperkasakan pendekatan Islam wasati (pertengahan) bagi menjelaskan kepada golongan bukan Islam bahawa agama Islam merupakan agama rahmah.

“Pendekatan wasati digunakan kerana ia tidak terlalu ekstrem, konservatif dan jumud, malah tidak terlampau longgar serta lari daripada disiplin ilmu Islam yang sahih,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak terhadap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular sejak minggu lepas.

Secara peribadi, beliau berpandangan mufti di setiap negeri perlu tampil menjelaskan sebarang isu berkaitan agama bagi mengelak ia dimanipulasi pihak tertentu, termasuk pemimpin politik.

Jelasnya, peranan mufti sangat penting dalam memperjelaskan sesuatu hukum agar ia tidak mengelirukan masyarakat.

“Saya minta mufti memainkan peranan mereka yang dilantik oleh Sultan di setiap negeri.

“Kita juga akan ambil pendekatan untuk berjumpa dengan Horward beri penjelasan berkenaan tafsiran al-Quran kerana ada disiplin tertentu perlu dipatuhi beliau, selain agar orang bukan Muslim dapat melihat sisi baik dalam menerangkan isu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai ura-ura Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan rombakan Kabinet.

“Saya tidak ada dengar apa-apa perubahan Kabinet tapi jawatan satu Amanah, hanya Allah tentukan dia akan beri dan dia akan tarik.

“Sebelum ditarik, laksanakan amanah dengan sebaik- baiknya sementara Allah memberi peluang ini,” katanya. – 28 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related