Sah! Pengguna QR DuitNow dikenakan caj transaksi bermula 1 Oktober ini

Menurut PayNet, MDR bukanlah yuran baru mahupun caj tambahan tetapi sepatutnya dilaksanakan lebih sembilan bulan lalu

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan caj yuran transaksi akan dikenakan kepada pengguna yang menerima pembayaran menerusi aplikasi tersebut bermula 1 Oktober ini.

Bagaimanapun, pengendali itu menerusi satu kenyataan menjelaskan terdapat perbezaan membabitkan dua jenis e-pembayaran iaitu kadar diskaun pedagang atau ‘merchant discount rate’ (MDR) dan caj 50 sen untuk urus niaga melebihi RM5,000 seperti dilaporkan media sebelum ini.

Menurutnya, ketika ini, pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian (waiver’) MDR pada pembayaran QR bagi menggalakkan penggunaan aplikasi itu ketika tempoh pengenalannya pada 2019.

“Mulai 1 Oktober 2023 penepian MDR untuk pembayaran QR DuitNow ini akan ditarik balik. (Sebelum ini) Penepian tersebut dilanjutkan lagi berikutan penularan wabak Covid-19.

“la bukanlah suatu yuran baru mahupun caj tambahan. Sebaliknya, 1 Oktober ini adalah permulaan kepada penamatan penepian MDR yang sepatutnya dilakukan lebih sembilan bulan lalu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, caj 50 sen yang akan dikenakan pula membabitkan pemindahan dana melebihi RM5,000 menggunakan QR DuitNow peribadi bagi pemindahan dana rakan-ke-rakan atau ‘peer-to-peer’, bukannya pembayaran kepada peniaga.

“Ini sama sekali tidak berkaitan dengan pembayaran QR kepada pedagang tersebut dan kedua-dua yuran tidak akan dikenakan untuk transaksi sama dalam apa-apa situasi.

“Adalah tidak tepat untuk menyatakan caj RM0.50 dikenakan kepada pembayaran yang dibuat kepada peniaga dan MDR dicaj untuk pemindahan dana menggunakan QR peribadi,” katanya.

Mengenai kebimbangan bahawa kos MDR akan dipindahkan kepada pengguna, PayNet menjelaskan pembelian menggunakan kad kredit dan debit sudahpun tertakluk kepada MDR.

“Produk dan perkhidmatan yang dibeli dengan kad kredit atau debit adalah pada harga sama dengan pembelian tunai.

“Oleh itu, kami menjangkakan perkara sama dan tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas oleh pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan,” katanya.

Jelasnya lagi, untuk caj membabitkan MDR, MDR terkumpul akan dikongsi antara PayNet dan bank pemeroleh berkaitan atau pemeroleh pihak ketiga.

Caj tersebut, katanya, bertujuan untuk menampung penyelenggaraan rangkaian pengendali serta kos ditanggung bank dan pemeroleh pihak ketiga memperoleh penyertaan peniaga untuk menikmati perkhidmatan berkenaan.

Sementara itu, PayNet berkata, dana rizab bakal diwujudkan menerusi MDR yang dikutip untuk memberi insentif kepada pemeroleh supaya tidak mengenakan sebarang MDR kepada peniaga kecil.

“Walaupun PayNet tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan harga pasaran yang dikenakan kepada peniaga, beberapa bank pemeroleh dan pemeroleh pihak ketiga berhasrat untuk sama ada terus menangguhkan pengenaan MDR atau menyerapnya untuk peniaga kecil.

“Dalam hal ini, peniaga perlu menyemak dengan bank atau pemeroleh pihak ketiga mereka untuk perkara ini,” katanya.

Perkhidmatan QR DuitNow ditubuhkan oleh PayNet di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Boleh Dikendali Bank Negara Malaysia, atau ICTF.

ICTF memberi mandat kepada PayNet, sebagai penyedia perkongsian infrastruktur pembayaran negara untuk menjalankan QR standard saling boleh kendali dan umum untuk Malaysia. 

Terdahulu, menerusi satu tangkap layar yang disiarkan di aplikasi X (dahulunya Twitter), RHB Reflex memaklumkan kepada pelanggannya bahawa ‘merchant’ atau penjual yang menerima wang menerusi DuitNow QR akan dikenakan caj bergantung kepada mod pemindahan wang.

Malah katanya, sebanyak 0.25 peratus akan dicaj daripada akaun penjual jika pembayaran dibuat daripada akaun semasa atau simpanan, manakala 0.50 peratus dikenakan untuk pemindahan menerusi kad kredit. – 28 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related