Cadangan mansuh pencen hanya untuk penjawat awam baharu, Khairy kesal sesetengah media guna ‘clickbait’ kelirukan pembaca

Menurutnya, beliau secara spesifik dan jelas menyatakan cadangan tersebut bukan untuk mereka yang sedang dalam perkhidmatan

11:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan sesetengah media yang menggunakan ‘clickbait’ atau umpan klik berhubung cadangannya memansuhkan pencen Ahli Parlimen dan penjawat awam tanpa mengambil konteks penuh cadangan tersebut.

Menurutnya, beliau secara spesifik dan jelas menyatakan cadangan tersebut adalah untuk pengambilan baharu penjawat awam, bukan terhadap mereka yang sedang dalam perkhidmatan, demi menjaga fiskal negara.

“Tindakan sesetengah media yang menggunakan ‘clickbait’ tanpa mengambil konteks penuh tentang cadangan saya itu sekali gus mengelirukan pembaca.

“Ikuti ulasan penuh tentang isu ini dalam Episod 53 podcast #KeluarSekejap di YouTube,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Semalam, Khairy yang juga mantan Ketua Pemuda Umno dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ bersetuju dengan cadangan pakar ekonomi supaya kerajaan membatalkan pencen Ahli Parlimen.

Beliau turut mencadangkan pencen penjawat awam dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara kerana kerajaan mungkin menanggung hingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam masa 10 tahun akan datang sekiranya tidak dimansuhkan.

Bagaimanapun Khairy menyatakan supaya pencen kakitangan awam baharu sahaja yang ditiadakan.

“Semua penjawat awam yang baru, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

Cadangan itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak mempertikaikan pencen yang diterima kakitangan kerajaan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat menyifatkan cadangan untuk menghapuskan atau membatalkan kemudahan pencen dinikmati penjawat awam sebagai cadangan yang mengarut.

Katanya, skim pencen yang menjadi keistimewaan penjawat awam di negara ini tidak wajar dilihat sebagai satu bebanan kepada kerajaan.

“Tidak wajar untuk mana-mana ahli politik mempersoalkan keistimewaan penjawat awam yang menikmati skim pencen apabila majoriti daripada mereka berkhidmat lebih 30 tahun.

“Kami penjawat awam bukan seperti ahli politik yang berkhidmat dalam tempoh singkat, imbuhan yang tinggi dan pada masa sama layak menikmati pencen yang besar,” katanya. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related