Howard tak tafsir, hanya memetik ayat 59, surah al-Baqarah: Mufti Pulau Pinang

Katanya, ahli politik perlu mengutamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk golongan bukan Islam di negara ini mengenai maksud sebenar ayat al-Quran

4:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor sudah cuba meneliti ucapan dan keterangan diberikan Howard Lee berhubung kontroversinya mentafsir ayat al-Quran dan mendapati Ahli Parlimen Ipoh Timur itu hanya memetik ayat 59, surah al-Baqarah.

Menurutnya, pemimpin DAP itu juga tidak mentafsir ayat tersebut seperti didakwa pihak tertentu.

“Malah beliau tidak pun membaca teks asal ayat itu dalam bahasa Arab.

“Menurut Howard lagi, beliau juga belajar terlebih dahulu dengan beberapa orang alim untuk memahami maksud ayat berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Wan Salim meminta semua pihak agar melihat insiden tersebut secara positif dan proaktif, selain turut menasihatkan ahli politik supaya tidak hanya memikirkan keuntungan politik bagi parti dianggotai atau disokong semata-mata.

Beliau berkata, ahli politik perlu mengutamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk golongan bukan Islam di negara ini mengenai maksud sebenar ayat al-Quran.

Katanya, jika ia dapat dilakukan bererti satu perkembangan yang baik dalam hubungan antara sesama warga Malaysia berjaya diwujudkan.

“Ia kerana semakin ramai masyarakat bukan Islam di negara ini yang memahami isi kandungan al-Quran bererti semakin bertambah penghargaan dan penghormatan mereka terhadap Islam.

“Diharap dengan cara itu mampu menghapuskan fenomena Islamofobia dan sangkaan buruk terhadap agama Islam dan umatnya,” katanya.

Bagi tujuan itu, Wan Salim turut mencadangkan supaya pihak kerajaan, menerusi mana-mana jabatan atau agensi yang sesuai, mengadakan sesi khas kepada wakil rakyat, ahli politik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam.

Katanya, penyertaan itu hanya digalakkan dan tidak diwajibkan, kerana tujuannya bukan untuk mempengaruhi mereka menukar agama kepada Islam tetapi sekadar bagi memahamkan mereka mengenai ajaran Islam.

“Semoga dengan menghadiri sesi sedemikian, mereka akan mendapat kefahaman yang betul mengenai isi kendungan al-Quran.

“Kita percaya dengan kefahaman yang betul tentang isi kandungan al-Quran akan meningkatkan lagi perpaduan dan sikap saling hormat antara sesama warganegara,” katanya.

Semalam, Howard tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak susulan tindakannya memetik tafsiran ayat al-Quran, baru-baru ini.

Beliau berkata, permohonan maaf itu diharapkan dapat menghentikan polemik yang telah mencetuskan ketegangan dan ancaman yang diterima ekoran penularan video berkenaan di media sosial.

Permohonan maaf itu dibuat Howard selepas beliau selesai memberi keterangan berkaitan isu itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak sekitar jam 2 petang, semalam. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related