KLSCM: AKLEH, DUKE antara jalan utama ditutup Sabtu dan Ahad ini

Perlumbaan itu akan melalui beberapa jalan utama di ibu negara dan sembilan jalan akan ditutup

8:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) adalah antara jalan utama yang akan ditutup sempena Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata acara larian bertaraf antarabangsa yang bermula di Dataran Merdeka itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 25,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata beberapa jalan akan ditutup dan dilencongkan bermula 12 tengah malam hingga 11 pagi dan bagi KLSCM 2023 pada Sabtu, sebanyak 12 jalan akan ditutup antaranya Jalan Raja (Dataran Merdeka) menuju Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Dang Wangi.

“(Selain itu,) Jalan Ampang arah ke pusat bandar, Jalan Kuching menuju Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen serta Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah dan Bulatan Hishamuddin ke Jalan Raja. Pada Ahad pula, sebanyak 29 jalan ditutup antaranya AKLEH dan DUKE (dari arah Ulu Kelang sehingga ke Tol Duta).

“(Jalan lain termasuk) Jalan Lebuh Ampang ke Jalan Tun Perak, Jalan TAR dari Chow Kit ke Dataran Merdeka, Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Sentul ke Jalan TAR, sepanjang Jalan Sultan Ismail kedua-dua hala, Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari bulatan Kg Pandan dan Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching pusat bandar berhampiran WTC,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Allaudeen berkata selain KLSCM 2023, pihaknya menutup jalan sempena Petronas Le Tour Langkawi Malaysia 2023 (LTDL 2023) yang telah memulakan perlumbaan sejak Sabtu lepas di Kerteh, Terengganu dan akan berakhir di KLCC, Kuala Lumpur pada 30 Oktober ini.

Beliau berkata perlumbaan itu akan melalui beberapa jalan utama di ibu negara dan sembilan jalan akan ditutup.

“(Antaranya) Jalan Jelatek ke Jalan Ampang di pusat bandar dan ke Jalan Kg Pandan, Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang bermula di hadapan bangunan PNB, dari persimpangan Jalan Sultan Ismail Jalan Ampang ke persimpangan Jalan Ampang Jalan Yap Kwan Seng.

“Kesemua penutupan dan lencongan jalan terbabit akan bermula pada 3.15 petang hingga 4.15 petang,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihati pengguna jalan raya yang ingin melalui jalan terbabit agar merancang perjalanan dan memberi kerjasama kepada pihak polis bagi memastikan kelancaran aliran trafik kawasan tersebut.

Katanya orang ramai boleh menghubungi Hotline Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071 9999/03-2071 9777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau layari laman sesawang Facebook Polis Kuala Lumpur atau Facebook Trafik Kuala Lumpur bagi sebarang pertanyaan. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related