Khutbah Jumaat dalam bahasa Inggeris di masjid baharu di Jalan Simpang Tiga

'Kita akan meminta Jabatan Agama Islam untuk menjalankan khutbah solat Jumaat dalam bahasa Inggeris' : Johari

1:53 PM MYT

 

KUCHING – Khutbah dalam bahasa Inggeris akan digunakan sebagai medium di masjid baharu yang dibangunkan di Jalan Simpang Tiga, di sini, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, keadaan ini sama seperti di Majlis Al-Falah di Orchard Road di Singapura yang menggunakan bahasa Inggeris dalam khutbahnya.

“Tidak lama lagi kami akan membina masjid baharu. Ketika ini sudah ada masjid di sana. Kami akan membangunkan semula masjid yang sedia ada, tanah di sebelahnya telah diperoleh untuk tujuan memperluaskan masjid.

‘’Kita akan meminta Jabatan Agama Islam untuk menjalan khutbah solat Jumaat dalam bahasa Inggeris. Ini akan membolehkan lebih ramai orang memahami khutbah terutama untuk bukan Melayu dan tidak fasih berbahasa Melayu tetapi lebih fasih dalam bahasa Inggeris.

“Di Singapura, ada masjid yang tidak jauh dari Hotel Ascott di mana khutbah dijalankan dalam bahasa Inggeris,’’ katanya ketika menutup majlis pertandingan Marhaban anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di sini, malam tadi.

Abang Johari juga berkata, jumlah mereka yang memeluk Islam di Sarawak telah meningkat, dengan 2020 statistik dari Jabatan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) di negeri ini menunjukkan orang Islam meliputi 34 peratus populasi.

“Sebelum ini, ia antara 27 kepada 28 peratus, kini 34 peratus sekali gus menunjukkan jumlah telah bertambah. Ada yang memeluk Islam untuk berkahwin, ada yang memeluk Islam kerana sukarela selepas mereka mempelajari agama Islam.

“Pusat Penerangan Islam di Jalan Ong Tiang Swee telah memainkan peranan penting terutama kepada mereka yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai agama boleh berbuat demikian,’’ katanya.

Dalam pada itu, Kumpulan Marhaban Persatuan Melayu Limbang menjadi johan pertandingan tersebut manakala Suara Kilauan Majma dari Kuching di tempat kedua dan Kumpulan Alhamra B, juga dari Kuching (ketiga).

Sebanyak 15 kumpulan mengambil bahagian. – 26 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related