Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaran

Selepas beberapa langkah intervensi dilaksanakan termasuk Program Khas BPT, kekurangan beras di pasaran domestik dijangka dapat dipulihkan ekoran musim menuai padi yang baru bermula di Kedah

8:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin, berkata musim tuaian padi di kawasan jelapang negeri Kedah boleh menjadi pemangkin kepada usaha dan intervensi kerajaan menampung kekurangan bekalan beras menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) yang sedang giat dilaksanakan.

“Selepas beberapa langkah intervensi yang dilaksanakan termasuk Program Khas BPT, kekurangan beras di pasaran domestik dijangka dapat dipulihkan ekoran musim menuai padi yang baru bermula di Kedah,” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) peringkat kementerian itu di Dewan Negara hari ini.

Sebelum ini, Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, dilapor berkata bekalan beras putih tempatan di pasaran dijangka kembali stabil dalam masa sebulan, susulan pelbagai langkah intervensi dan pemantauan berterusan dilakukan kerajaan termasuk pelaksanaan Program Khas BPT.

Progran Khas BPT yang dilaksanakan secara dua fasa bermula 8 Sept lalu menyaksikan pengilang diminta meningkatkan 20 peratus bekalan beras putih tempatan di pasaran bagi penyelesaian jangka pendek bekalan makanan ruji itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, berkata peranan Pusat Komuniti Desa (PKD) akan diperkasakan sebagai platform pengumpulan dan pemasaran produk-produk usahawan luar bandar melalui program PKD Mobile.

Beliau berkata program PKD Mobile yang akan dilancarkan tahun ini akan meringankan beban usahawan luar bandar supaya tidak perlu berjalan jauh untuk memasarkan produk mereka. 

Setakat ini, terdapat sebanyak 191 PKD aktif di seluruh negara yang antara lain berfungsi sebagai pusat latihan komuniti, pusat aktiviti dan pemerkasaan wanita, pusat perkhidmatan setempat dan kesukarelawan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, ketika menggulung perbahasan, memaklumkan sejumlah 175 atau 40 peratus daripada 436 klinik yang dirancang untuk dinaik taraf di seluruh negara tahun ini, berjaya disiapkan setakat Khamis lalu.

Projek naik taraf baki 261 klinik daif yang lain akan dilaksanakan dan dijangka dapat diselesaikan tahun ini juga, katanya. 

Persidangan disambung esok. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related