PDRM keluar 1.91 juta saman trafik dari Januari hingga Ogos lalu

Sebanyak RM302.4 juta kompaun berjaya dikutip bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu membabitkan 3.8 juta kes saman

6:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1.91 juta saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan trafik bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, jumlah itu membabitkan 1.19 juta saman K257 iaitu secara bersemuka, manakala 718,090 saman K170A membabitkan kesalahan dikesan PDRM melalui kamera atau penguatkuasaan yang dijalankan.

“Sebanyak RM302.4 juta kompaun berjaya dikutip bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu membabitkan 3.8 juta kes saman.

“Menerusi jumlah itu, RM169.2 juta dikutip menerusi aplikasi MyBayar Saman yang menyaksikan peningkatan pengguna menggunakan aplikasi berkenaan bagi menyelesaikan bayaran sama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 3,462 saman dikeluarkan menerusi Op Kenderaan Perdagangan dijalankan sepanjang lima hari di seluruh negara yang berakhir semalam.

Katanya, sejumlah 17,241 pemeriksaan dilakukan melibatkan 5,897 lori, 652 bas dan lain-lain kenderaan.

“Sepanjang Op itu, saman yang dikeluarkan membabitkan 2,724 lori, 109 (bas) dan 627 (lain-lain kenderaan). Antara kesalahan dilakukan termasuk lesen dan cukai jalan tamat, lebih muatan dan tiada lesen kenderaan barangan (GDL).

“Dalam operasi itu juga sebanyak 34 tangkapan dibuat membabitkan satu kesalahan Kanun Keseksaan, enam (Akta Pengangkutan Jalan 1987) dan 27 (Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 35 kemderaan disita atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, objektif utama operasi adalah memberi fokus dalam mengurangkan kadar kemalangan terutama kemalangan maut yang sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan membabitkan kenderaan perdagangan.

Katanya, mengambil contoh kes terbaharu membabitkan kejadian kemalangan kenderaan berat di Putrajaya baru-baru ini yang mengorbankan dua penunggang motosikal.

“Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku kerana itu kita ingatkan pengguna terutamanya pemandu kenderaan berat supaya sentiasa pastikan ciri keselamatan kenderaan dalam keadaan terbaik dan sentiasa dalam keadaan siap siaga.

“Kita faham kenderaan berat mempunyai bebanan jadi kadar momentum untuk diberhentikan mungkin akan mengambil masa ataupun tidak dapat diberhentikan apabila jarak terlalu dekat,” katanya.

Sementara itu, Mat Kasim berkata, sejumlah 4,366 kematian direkodkan akibat kemalangan bagi tempoh sama tahun ini.

“Penunggang motosikal merekodkan statistik kematian tertinggi iaitu 2,641 diikuti kereta (1,114), pejalan kaki (233), lori (127) dan bas (10),” katanya – 25 September, 2023.

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related