Pemandu treler mengaku tidak bersalah pandu berbahaya di Putrajaya, sebabkan kematian 2 individu

Dalam kemalangan pada jam 10.15 pagi itu, treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti, menyebabkan dua penunggang motosikal terkorban

11:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan dengan 14 kenderaan di Putrajaya pada Rabu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan dua nyawa terkorban.

Tertuduh, Mohammad Izzatul Shafik Mozahari membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer (KM) 5.8 Jalan Persiaran Utara, pada jam 10.15 pagi, 20 September lalu.

“Bahawa kamu…telah memandu kenderaan tersebut di Jalan Persiaran Utara Putrajaya dengan cara yang setelah mengambil kira perhatian segala hal keadaan secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian kepada Faris Haziq Abu Bakar dan Yuswar Mohd Uyus.

“Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama,” katanya.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Amalina Abu Hanifah.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Susulan pengakuannya, Muhammad Izzatul Shafik dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Dia juga diarah melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes berkenaan selesai.

Seorang pemandu treler dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, susulan kemalangan membabitkan 14 kenderaan yang mengorbankan dua penunggang motosikal di Kilometer 5.8 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya, Rabu lalu. – Gambar media sosial, 25 September, 2023

Terdahulu, suspek yang berusia 29 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan 14 kenderaan, termasuk sebuah motosikal polis trafik.

Dalam kemalangan itu, treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit, menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemeriksaan mendapati, tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing terhadapnya didapati negatif. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related