Van dinaiki 9 warga Singapura terbabas dalam cerun sedalam 20 kaki, pemandu dilapor maut

Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan beberapa balai bomba lain

11:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah van yang membawa sembilan pelancong dari Singapura telah terbabas dan terjatuh ke dalam cerun bukit dengan kedalaman hampir 20 kaki di Jalan Teluk Kumbar, Bukit Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang, sebentar tadi.

Media tempatan melaporkan seorang maut dipercayai pemandu van berkenaan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba Balik Pulau, Mohd Suffian Kamarul Baharin berkata, kerja-kerja menyelamat kini sedang dijalankan selepas pihaknya menerima laporan pada 8.14 malam tadi.

“Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian kemalangan mendapati sebuah van yang membawa pelancong dari Singapura telah terbabas lalu jatuh ke dalam cerun bukit dengan kedalaman hampir 20 kaki.

“Terdapat sembilan mangsa di dalam van berkenaan dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Suffian berkata, operasi menyelamat itu turut dibantu oleh beberapa balai lain. – 24 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related