Bajet 2024: Persatuan Penjaja mohon insentif RM50 galak ahli carum Perkeso

Setakat ini hanya sekitar 1,000 penjaja yang telah mendaftar dengan Perkeso sedangkan ia adalah penting kepada mereka kerana golongan tersebut adalah mereka yang bekerja sendiri

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia memohon kerajaan untuk mempertimbangkan pemberian subsidi sebanyak RM50 dalam bentuk E-Wallet kepada 1.8 juta ahlinya menjelang pembentangan Bajet 2024 bagi menggalakkan mereka mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Presidennya, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, ia adalah sebahagian daripada bantuan kewangan berjumlah RM500 juta yang dipohon oleh gabungan persatuan terbabit sempena pembentangan Bajet, bulan depan.

Jelasnya, setakat ini hanya sekitar 1,000 penjaja yang telah mendaftar dengan Perkeso sedangkan ia adalah penting kepada mereka kerana golongan tersebut adalah mereka yang bekerja sendiri.

“Jadi untuk beri galakan kepada mereka mendaftar sebagai pencarum Perkeso, saya usulkan kepada kerajaan agar dapat memberikan subsidi RM50 dalam bentuk E-Wallet agar dapat galakkan mereka daftar Perkeso.

“Ia sebagai syarat sekiranya mereka inginkan ‘ganjaran’ RM50 itu, mereka terlebih dahulu perlu mendaftar menerusi aplikasi In2Niaga yang mana merupakan syarikat berdaftar yang menguruskan segala caruman yang dibuat oleh golongan peniaga,” katanya kepada Scoop.

Pada pembentangan Bajet 2023 lalu, usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, BSN dan TEKUN dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.

Antaranya, 300 juta ringgit dikhaskan untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia.

BSN turut menyediakan lebih 1 bilion ringgit dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja.

Selain itu, Rosli juga berkata, persatuan juga memohon insentif sebanyak RM500 diberikan kepada setiap peniaga yang mengikuti kursus pengurusan kewangan dan pengembangan perniagaan yang disediakan oleh persatuan.

“Selain itu, kami juga memohon agar modal perniagaan diberikan kepada 40,000 penjaja dan peniaga yang layak, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM40 juta,” katanya. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related