Anwar kritik kuasa besar di PBB, ‘itu batu loncatan buat Malaysia dikenali semula seantero dunia’

Jangan biarkan hanya Perdana Menteri melakukannya, semua sektor awam yang terlibat harus bersama-sama menjayakan misi beliau

9:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan pelbagai isu yang dianggap sensitif bagi negara tertentu di pentas Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, dilihat sebagai ‘batu loncatan’ buat Malaysia untuk dikenali semula oleh negara kuasa besar.

Pakar hubungan luar dan antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Hussain Yusri Zawawi berkata, kenyataan tegas dan jelas Malaysia membuktikan Anwar mempunyai intipati penting dan jelas kepada masyarakat antarabangsa dalam membina kesepakatan demi dunia yang lebih baik.

Kenyataan tegas dan jelas Malaysia membuktikan Anwar mempunyai intipati penting dan jelas kepada masyarakat antarabangsa dalam membina kesepakatan demi dunia yang lebih baik. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 23 September, 2023

Beliau juga yakin, kritikan Perdana Menteri di pentas dunia tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara lain, khususnya Amerika Syarikat.

“PBB merupakan hubungan multilateral (semua negara), bukannya bilateral (dua negara). Perdana Menteri hanya memberikan pandangan di pentas antarabangsa yang dilihat bertepatan dengan konteks politik hari ini. Cadangan Anwar itu tidak melibatkan sebarang perjanjian kerana PBB adalah platform untuk melontarkan idea agar ia boleh ditambah baik dalam konteks kerjasama serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan mengenai iklim dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat, John Kerry di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 23 September, 2023

“Sehubungan itu, apa yang dilontarkan Perdana Menteri tidak akan menyebabkan sebarang perjanjian Malaysia dengan sebarang negara, khususnya negara besar terungkai,’’ katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Semalam, di atas pentas Perhimpunan Agung PBB ke-78, Anwar dalam ucapan sulungnya telah menyentuh mengenai pelbagai isu termasuk memperkenalkan konsep Malaysia Madani dan turut menggesa negara maju menunaikan komitmen mereka untuk menyediakan US$100 bilion setahun untuk menyokong negara membangun dalam isu perubahan iklim.

Hussain turut meminta anggota Jemaah Menteri serta agensi kerajaan mengambil serius terhadap intipati yang dilontarkan Anwar kerana langkah Malaysia selepas ini akan menjadi tumpuan dunia.

Anggota Jemaah Menteri serta agensi kerajaan diminta mengambil serius intipati yang dilontarkan Anwar kerana langkah Malaysia selepas ini akan menjadi tumpuan dunia. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 23 September, 2023

“Pihak yang berada di belakang Perdana Menteri seperti anggota Kabinet, pegawai kerajaan, khususnya pegawai tadbir diplomatik (PTD) dan Wisma Putra perlu menyelaras perkara tersebut agar ia dapat direalisasikan dalam konteks mencari solusi bagaimana memastikan hubungan luar akan tetap bergerak baik, selain dapat membina serta mengisi kelompongan terhadap isu yang dibangkitkan Anwar.

“Jangan biarkan hanya Perdana Menteri seorang bertanggungjawab, semua sektor awam yang terlibat harus bersama-sama agar misi beliau dapat direalisaikan” katanya. – 23 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related