Rasuah Projek RM80 juta: Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kanan, ahli perniagaan ditahan

Penahanan dilakukan pada jam 11 malam tadi ketika mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas Menteri kanan pada jam 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya.

Sumber memaklumkan, penahanan itu dilakukan selepas mereka disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

Media melaporkan suspek pertama berusia dalam linkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

Difahamkan kedua-dua suspek bersubahat dengan bekas menteri kanan itu meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek tersebut.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah Halid pagi tadi.

Penahanan dua suspek itu turut disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009.

Pada Khamis lalu, Scoop melaporkan Umno Wilayah Persekutuan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan dilakukan terhadap mantan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Radzi Jidin.

Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim berkata, pihaknya menerima dua mesej tular di WhatsApp dua hari lalu, mengaitkan Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dengan beberapa individu berkait pemberian kontrak penyelenggaran sekolah dan pencetakan buku J-Qaf.

“Mesej pertama mengaitkan Radzi dengan pemberian kontrak kepada seorang kontraktor utama dikenali sebagai ‘Dato Chia’ yang didakwa membolot projek selenggara sekolah.

“Difahamkan individu ini juga adalah kartel dan modus operandinya dengan pergi ke sekolah berstatus Pusat Tanggungjawab (PTj) dan menawarkan peruntukan ke sekolah secara terus dari Kementerian Pendidikan (KPM) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Mesej ini menjadi satu polemik dan kita ingin buat laporan atas dasar kebenaran dan isi kandungan yang ditularkan,” katanya.

Radzi dilantik sebagai Menteri Kanan Pendidikan pada Mac 2020 dalam kerajaan ditadbir Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ketika itu. – 23 September, 2023

Topics

 

Hangat

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related