Kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan

Kalimah penyataan sumpah itu hanya disebut dalam penyataan angkat sumpah oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat

12:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di bawah Artikel 59(1) Perlembagaan Persekutuan, sejak ia digubal pada 31 Ogos 1957.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata apabila Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada tarikh berkenaan, penyataan Sumpah Ahli Parlimen telah ada dalam Jadual Keenam di bawah perkara tersebut dan tidak pernah ada menyebut kalimah “Wallahi Wabillahi Watallahi”.

“Kalimah penyataan sumpah kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ hanya disebut dalam penyataan angkat sumpah oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.

“Seperti yang dijawab oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, penyataan sumpah ini adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 5 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa sumpah yang dilafazkan hendaklah mengikut seperti yang disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berharap dengan penjelasan itu ia dapat memberikan maklumat yang jelas kepada Ahli Parlimen serta orang awam yang telah menyaksikan pertikaian berhubung perkara berkenaan semasa Ahli Parlimen Kulai Suhaizan Kaiat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat Selasa lepas.

Perkara itu dibangkitkan oleh  Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang memohon penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sama ada lafaz sumpah Ahli Parlimen baharu tidak lagi memasukkan kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’. – 23 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related