Perubahan iklim perlu ambil kira golongan miskin: PM

Anwar menggesa negara maju menunaikan komitmen untuk menyediakan US$100 bilion setahun bagi menyokong negara membangun terhadap usaha aspirasi iklim

8:00 AM MYT

 

NEW YORK — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tegas kepada mereka yang bercakap mengenai perubahan iklim tanpa memikirkan bahawa usaha menyelamatkan dunia juga bermakna mengambil langkah membantu negara miskin.

“Perbincangan mengenai aspirasi iklim dengan ketiadaan kesaksamaan, keadilan dan sumber diperlukan untuk membantu dan memperkasakan negara-negara untuk melaksanakan tindakan yang lebih besar terhadap iklim merupakan satu langkah yang sia-sia,’’ katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Kenyataan Negara Malaysia pada Debat Umum Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), pada Jumaat. 

Tema Debat Umum pada tahun ini Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Global: Mempercepatkan Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua.

Dalam ucapannya itu, Anwar menggesa negara maju menunaikan komitmen mereka untuk menyediakan AS$100 bilion setahun bagi menyokong negara membangun terhadap usaha aspirasi iklim sambil menyedari sejumlah trilion dolar setahun akan diperlukan pada masa hadapan.

Malaysia, katanya, menjalankan peranan dengan membangunkan karbon rendah dan tenaga boleh diperbaharui untuk melaksanakan strategi mitigasi.

“Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara yang baru dilancarkan seharusnya membantu kami dalam mencapai ‘Nationally Determined Contributions’ (NDC), selain memandu ke arah aspirasi sifar bersih kami,” katanya.

Pada Khamis, dalam forum Invest Malaysia di New York di mana beliau mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan Amerika, Anwar berkata, Malaysia mengambil penyelesaian bagi memerangi perubahan iklim dengan kos yang besar kepada pendapatan negara.

Menjawab soalan mengenai pemusnahan hutan bagi penanaman kelapa sawit, Anwar berkata, perkara berkenaan ditangani menerusi perlindungan rizab hutan.

“Sebagai pengeluar minyak kelapa sawit, langkah ini memberikan kos yang besar kepada kami namun kami melakukannya,’’ katanya.

Sementara itu, mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Anwar berkata, laporan SDG 2023 mengesahkan bahawa dunia ketinggalan, dengan hampir satu pertiga daripada sasaran sama ada dalam keadaan tidak berubah atau lebih teruk lagi, mundur.

“Ekonomi global diunjur terus dibelenggu oleh ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi dan keadaan kewangan yang mencabar.

“Ini meluaskan lagi jurang antara pertumbuhan ekonomi dan pendapatan, membawa kepada ketidaksamaan yang berterusan.

“Memandangkan pertumbuhan pendapatan tidak selari dengan pertumbuhan ekonomi, isi rumah kini dibebani hutang. Kita kini mempunyai kehidupan golongan kaya yang berdampingan dengan golongan miskin.

Beliau berkata, perbezaan itu terletak kepada perkara penting seperti makanan, tempat tinggal, akses kepada pendidikan berkualiti dan penjagaan kesihatan.

Faktor-faktor ini memerlukan kepada pembaharuan sistem yang drastik, reset sepenuhnya institusi global yang mempengaruhi kehidupan kita.

“Jika tidak, ia akan menyebabkan ketidaksamaan yang semakin meluas, sekali gus menjarakkan lagi negara dan rakyat,” kata Anwar. – 23 September, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related