Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen berselindung di sebalik madrasah

Hasil operasi itu, sebanyak 200 keping Surat Dalam Proses Pertimbangan UNHCR dan 100 keping surat nikah yang dipercayai palsu dalam bentuk digital berjaya dirampas

3:16 PM MYT

 

KANGAR – Perbuatan sepasang suami isteri etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan memalsukan dokumen untuk pelarian dengan berselindung di sebalik operasi madrasah mengajar al-Quran, terbongkar selepas Jabatan Imigresen menjalankan serbuan di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat semalam.

Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Talib berkata dalam Op Serkap yang dilakukan pada 10 pagi itu, anggota penguat kuasa jabatan itu telah menahan pasangan berkenaan berumur 24 dan 30 tahun yang turut menjadi guru al-Quran di madrasah terbabit selain jurunikah bagi pasangan etnik Rohingya.

“Daripada tujuh rumah yang diperiksa, sebuah rumah yang disewa oleh komuniti Rohingya sebagai madrasah untuk mengajar mengaji kanak-kanak etnik Rohingya didapati turut dijadikan sebagai pusat operasi kegiatan pemalsuan Surat Dalam Proses Pertimbangan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil operasi itu, sebanyak 200 keping Surat Dalam Proses Pertimbangan UNHCR dan 100 keping surat nikah yang dipercayai palsu dalam bentuk digital berjaya dirampas selain dua komputer, dua telefon bimbit, satu pemancu kilat USB, dua unit kad memori (kad SD) dan dua set kad perniagaan.

Khairul Amin berkata turut dirampas ialah dua buku rekod bayaran proses serta wang tunai RM5,300 yang ditemukan disorok di bawah tilam suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek mendapatkan pelanggan menerusi platform media sosial dan menghantar dokumen palsu itu dalam bentuk digital dengan mengenakan bayaran RM50. Pelanggan perlu mencetak sendiri dokumen itu,” katanya.

Khairul Amin berkata suspek utama disiasat mengikut Seksyen 56(1A) (b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), manakala isterinya ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan reman selama 14 hari bermula semalam. – 22 September, 2023

Topics

 

Hangat

What if we die? Serdang Hospital heart patients see angiograms delayed one year

The hospital’s cardiology department is constantly at overcapacity, with resources pushed to the limits, and patients suffering

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Related