Kelemahan infrastruktur punca Malaysia kehilangan pelaburan besar sebelum ini: Anwar

Kerajaan perlu menerima kekuatan dan kelemahannya, serta bergerak dengan berani untuk memperbaikinya.

2:21 AM MYT

 

NEW YORK – Antara sebab Malaysia kehilangan peluang perniagaan besar selama berdekad lalu adalah disebabkan kelemahan infrastruktur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun Malaysia mempunyai infrastruktur fizikal ketika ia memulakan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1996, namun Perdana Menteri berkata negara terlepas pembangunan perisian.

“Kekurangan itu, saya ingat bahawa Michael Dell memberitahu saya, bahawa adalah bagus Malaysia mempunyai infrastruktur ini tetapi beri tumpuan kepada perisian.

“Dan Bill Gates, pada masa itu, menyebut perkara yang sama, anda telah memberi tumpuan kepada infrastruktur tetapi anda mesti menumpukan kepada perisian.

“Malangnya, kita tidak melakukannya dan kita kalah dengan Bangalore (di India), Singapura, dan negara-negara lain”, katanya semasa sesi soal jawab di Forum Invest Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, kerajaan perlu menerima kekuatan dan kelemahannya, serta bergerak dengan berani untuk memperbaikinya.

“Dengan memulakan dasar yang jelas, kita akan dapat menarik (lebih banyak pelaburan). Kita perlu menerangkan mengenai polisi yang jelas dan kemudahan menjalankan perniagaan.

“Kita boleh menghadapinya. Tidak ada sebab Malaysia tidak boleh bersedia untuk menangani masalah itu,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya yang bertajuk “Regaining Malaysia’s Lead in Asia”, Anwar berkata usaha pentadbiran baru adalah untuk melihat kepada isu-isu tadbir urus, yang merangkumi kemudahan menjalankan perniagaan, dasar yang jelas serta  membebaskan negara dari banyak kesan negatif yang berpunca daripada amalan rasuah.

MSC Malaysia adalah salah satu inisiatif Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia sepatutnya mempercepatkan objektif Wawasan 2020 dan dipasarkan kepada syarikat digital dengan menawarkan pengecualian cukai sementara dan akses internet berkelajuan tinggi.

Anwar kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78. – 22 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related