Beras Ehsan 5kg dihadkan sekampit sahaja, elak pihak ambil kesempatan

Datuk Seri Amirudin Shari berkata harga beras tersebut juga dijual pada harga RM13 bagi setiap 5kg, bukannya RM10 bagi jumlah yang sama kerana ia merupakan harga subsidi yang diberikan oleh PKPS

7:35 PM MYT

 

SHAH ALAM — Kerajaan negeri Selangor terpaksa menghadkan pembelian Beras Ehsan 5kg sebanyak satu kampit bagi setiap orang bagi memastikan tiada pihak yang membeli berlebihan dan menjual semula pada harga lebih tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, harga beras tersebut juga dijual pada harga RM13 bagi setiap 5kg, bukannya RM10 bagi jumlah yang sama kerana ia merupakan harga subsidi yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Itu (harga RM10) adalah harga subsidi yang diberikan oleh PKPS dan sekarang kita mahu selaraskan semula harga namun harga yang diberikan ketika ini adalah berpatutan,’’ katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan Kerajaan Selangor menerusi PKPS turut mengambil pendekatan tambahan dengan membeli beras import dan dijual semula dengan harga beras tempatan.

Tambahnya, ia merupakan antara inisiatif bagi menyelesaikan ‘permainan’ polemik beras oleh pihak tidak bertanggungjawab, walaupun bekalannya mampu bertahan sehingga Disember depan.

“Kadar guna beras di Selangor sekitar 45,000 tan metrik sebulan dan berdasarkan jumlah itu, ia mencukupi hingga September ini, kita ada baki separuh dari kadar guna biasa, bermaksud ini cukup sehingga bulan Disember. Ini belum masuk akhir bulan (September) lagi dan kita akan dapat tambahan bekalan.

“Ini membuktikan (beras) kita ada bekalan tanpa menyentuh sebarang stok imbalan yang dimiliki negeri ini atau Kerajaan Persekutuan.

“Tahun lepas pengeluaran padi kita melebihi 70,000 tan metrik dan paling maksimum pernah kita capai adalah sebanyak 139,000 tan metrik pengeluaran padi namun faktor (penurunan) adalah disebabkan perubahan iklim, tanah dan juga benih.

“Perkara ini akan diberi tumpuan dalam Belanjawan (Selangor) bagi memastikan ia lebih baik dan meningkat, sebagaimana pernah dicapai beberapa tahun lalu,” katanya. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related