Malaysia, Turkiye sepakat tangani ancaman Islamofobia

Anwar dan Erdogan menyatakan kebimbangan mengenai ancaman Islamofobia yang semakin berleluasa

9:27 AM MYT

 

NEW YORK – Malaysia dan Turkiye mencapai kesepakatan untuk menangani ancaman Islamofobia dan perkauman menerusi pelbagai langkah yang sedang dan akan dilaksanakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bersetuju mempertingkatkan usaha kerjasama dan strategi mengekang bagi gerakan membenci Islam oleh pihak tertentu yang berpusat di serata dunia.

“Kita membincangkan sikap prasangka melampau terhadap apa juga Islam di barat dan negara lain. Dalam pertemuan saya dengan Presiden Erdogan, kami bersetuju meningkatkan usaha ke arah kerjasama dan strategi mengatasai masalah sedemikian,” katanya pada satu sidang media.

Kedua-dua pemimpin yang hadir di New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 sebelum itu mengadakan pertemuan dua hala di Turkish House di sini, hari ini.

Menurut Anwar, Turkiye akan melaksanakan strategi berkenaan di lokasi kegiatan yang berpusat di Eropah dan Timur Tengah, manakala Malaysia bertumpu di rantau Asia.

“Ada beberapa siri persidangan telah dianjurkan sebelum ini dan akan diteruskan. Perbincangan lanjut mengenai usaha menangani Islamofobia ini akan diteruskan semasa Erdogan melawat Malaysia Disember ini,” katanya.

Anwar berkata, selain persidangan dan penerangan, penerbitan untuk menjawab prasangka dan sikap melampau terhadap Islam kepada masyarakat dunia juga akan turut dibuat, antaranya penerbitan lebih 100,000 naskah al-Quran yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Usaha ini katanya termasuk 15,000 naskah terjemahan kitab suci itu ke dalam bahasa Sweden yang telah dihantar ke negara berkenaan. Ia disebarkan ke pusat pengajian, universiti dan masjid. Naskah terjemahan al-Quran juga dihantar ke Australia, Amerika Syarikat dan negara lain.

Selepas pertemuan lebih 30 minit itu, kedua-dua pemimpin turut mengeluarkan satu kenyataan bersama mengenai “Increasing Hatred, Intolerance, Discrimination and Acts of Violence Against Muslims and Their Sanctities.”

Dalam kenyataan itu, Anwar dan Erdogan menyatakan kebimbangan mengenai ancaman Islamofobia yang semakin berleluasa, pembakaran al-Quran di beberapa negara Eropah dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan di seluruh dunia meningkatkan usaha ke arah mewujudkan toleransi agama. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related