Alton Industry berpangkalan di Amerika Syarikat akan labur RM2 bilion di Malaysia

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengalu-alukan pengembangan global yang besar oleh Alton, di samping komitmen pelaburan fasa satunya bernilai RM500 juta

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Alton Industry Ltd Group (Alton) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sedang mengembangkan tapak pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke Malaysia di samping merancang untuk melabur lebih RM2 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, David Lu berkata pembinaan kemudahan pembuatan baharu Alton di Johor Bahru telah mula dilaksanakan dan dijadualkan siap pada 2024 sebelum berperanan sebagai pusat R&D global bagi platform teknologi baharu.

“Apabila siap, Alton bersedia untuk terus berkembang bagi meyokong kapasiti pengeluaran dan memenuhi permintaan yang pelbagai dan permintaan yang sentiasa meningkat daripada jumlah pelanggan global,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu susulan mesyuarat beliau dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di New York, AS.

David berkata pihaknya gembira untuk mengembangkan jejak global ke Malaysia.

“Kemudahan baharu ini akan membolehkan kami menyokong pelanggan global kami dan membolehkan pengembangan ke pasaran lain dengan pantas.

“Insentif daripada kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, sebagai tambahan akan menyokong dari segi infrastruktur sekali gus menjadikan ini satu langkah pelaburan yang baik untuk syarikat,” katanya.

Menurut kenyataan yang sama, Tengku Zafrul mengalu-alukan pengembangan global yang besar oleh Alton, di samping komitmen pelaburan fasa satunya bernilai RM500 juta.

“Keputusan Alton untuk mengembangkan pangkalan pembuatan dan R&D di Malaysia mencerminkan keyakinannya terhadap daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan,” katanya.

Beliau berkata pelaburan itu juga sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan Malaysia baru-baru ini, yang bertujuan mewujudkan persekitaran mesra pelaburan selain dengan pesat menerima guna teknologi untuk meningkatkan ekosistem sektor pembuatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman berkata MIDA bersedia memberikan sokongan yang diperlukan kepada Alton untuk memastikan pelaksanaan projek pelaburan yang lancar di negara ini.

Alton membuat pelbagai jenis alatan komersial dan pengguna, perkakasan dan kelengkapan, selain perkakasan rumah dan produk penjagaan lantai.

Syarikat ini beroperasi di lebih 75 negara di seluruh dunia, dengan pejabat di China, Jepun, Hong Kong, Eropah dan AS. – 20 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related