Sasaran pelaburan utama dari AS sebagai alternatif selain China

Alton Industry dan Top Line Furniture menyatakan komitmen pelaburan lebih RM2 bilion susulan keyakinan kepada Malaysia

11:23 AM MYT

 

NEW YORK — Dua syarikat besar di Amerika Syarikat (AS) telah menyatakan komitmen pelaburan lebih RM2 bilion di Malaysia.

Syarikat yang berpangkalan di Chicago Alton Industry Ltd Group dan Top Line Furniture Corporation akan membawa masuk pelaburan segera, masing-masing sebanyak RM500 juta dan RM230 juta.

Perkara ini didedahkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Beliau berkata, dua syarikat berkenaan sedang mengembangkan operasi mereka selain China, di mana mereka mempunyai tapak yang signifikan.

Alton, pembekal global peralatan pengguna dan komersil, perkakas serta penjagaan lantai, mengumumkan menubuhkan kemudahan pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), yang dijadualkan selesai pada 2024, semasa pertemuan di sini antara Zafrul serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alton Group, David Lu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) menyerahkan cenderahati berupa buku mengenai batik kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alton Group, David Lu. – Gambar MITI, 20 September, 2023

Zafrul berkata keputusan Alton untuk mengembangkan syarikat berkenaan di Malaysia adalah mencerminkan keyakinan dan daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

“Pelaburan ini bertepatan dengan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),bagi mewujudkan persekitaran yang mesra pelaburan dan dengan cepat merangkul teknologi untuk meningkatkan ekosistem teknologi sektor pembuatan kita.

“Ia sekali gus memperkenalkan Malaysia sebagai hub teknologi global dan inovasi, didorong oleh inovasi baharu dan kerjasama yang lebih mendalam antara Alton serta pemain industri PKS Malaysia. Kita mengalu-alukan pelaburan Alton dan potensinya untuk peluang pekerjaan yang berkualiti, bergaji lebih tinggi, khususnya kepada rakyat Malaysia.’’

Sementara itu, Presiden dan CEO Alton, David Lu berkata kilang berkenaan akan dibuka di Johor Bahru.

“Kilang ini akan membolehkan kita memberikan sokongan kepada pengguna di seluruh dunia, dalam semua sektor di mana kami menjalankan perniagaan dan membolehkan kami mengembangkan pasaran lain dengan cepat. Insentif dari kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan yang kami ada selain sokongan infrastruktur menjadikan ini satu pelaburan yang baik untuk Alton, “katanya, sambil menambah bahawa Alton meletakkan visi pertumbuhan syarikat lebih RM2 bilion pelaburan dalam tujuh tahun akan datang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alton Group, David Lu. – Gambar MITI, 20 September, 2023

Dalam pada itu, Zafrul mengalu-alukan Timbalan CEO Top Line Furniture Corporation, Max Liaw untuk mengembangkan operasinya di Malaysia.

“Top-Line telah menyatakan hasrat untuk meningkatkan nilai sumber mereka dalam beberapa tahun akan datang kepada RM230 juta setahun, “kata Zafrul.

Syarikat itu telah mendapatkan perabot rumah dari Malaysia sejak tahun 2000 dengan jumlah import kira-kira RM840 juta.

Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Malaysia adalah sumber keenam terbesar perabot import AS pada 2022, menyumbang 2.78% daripada jumlah nilai import perabot. – Gambar MITI, 20 September, 2023

Beliau berkata, langkah Top-Line dan pengimport perabot utama AS memilih Malaysia sebagai salah satu daripada negara sumber mereka, mencerminkan keupayaan Malaysia sebagai pengeluar perabot berkualiti tinggi yang boleh dipercayai.

Tahun lepas, Malaysia mengeksport RM13.86 bilion perabot.

Amerika Syarikat menjadi destinasi utama eksport, dengan nilai sebanyak RM7.24 bilion atau bersamaan 52.2% daripada keseluruhan eksport produk pada 2022, diikuti Singapura, Jepun, Australia dan United Kingdom.

Malaysia adalah sumber keenam terbesar perabot import AS pada 2022, menyumbang 2.78% daripada jumlah nilai import perabot dan katil AS.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tiga dari kanan) dan Timbalan CEO Top Line Furniture Corporation, Max Liaw (dua dari kiri) bergambar bersama selepas pertemuan di New York. – Gambar MITI, 20 September, 2023

“Sokongan kerajaan ditambah dengan kerjasama yang kukuh dengan syarikat seperti Top-Line akan memastikan pengeluar perabot kita mampu untuk mempercepat pertumbuhan perniagaan dan memastikan kelestarian jangka panjang mereka,’’ tambah Zafrul.

Beliau memberi jaminan bahawa MATRADE sebagai agensi yang mempromosikan eksport kebangsaan Malaysia, akan terus menyokong pembeli dan pengeksport Malaysia untuk membina hubungan perniagaan yang berkekalan dan mampan selain mengukuhkan lagi eksport negara untuk meminimumkan gangguan kepada rantaian bekalan global. – 20 September, 2023

Topics

 

Hangat

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ‘Saving the Planet’, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

Sports budget allocation: is popularity winning over performance in 2025 funding?

As RM15 million goes to football and RM20 million to e-sports, critics question whether funding priorities reflect merit or strong networks in Malaysian sports

Related