Triti Laut Sulawesi tidak babitkan Ambalat, hanya liputi kawasan separa perairan laut wilayah

Ia juga tidak membabitkan persempadanan maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) atau pelantar benua antara Malaysia dan Indonesia

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar menegaskan persempadanan maritim yang dipersetujui dalam Triti Laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia, tidak membabitkan kawasan disebut sebagai Ambalat.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, Triti yang ditandatangani pada 8 Jun 2023 tidak membabitkan persempadanan maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) atau pelantar benua antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, triti itu hanya meliputi kawasan di separa perairan laut wilayah dan langsung tidak membabitkan kawasan disebut Ambalat.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi, bahawa kawasan atau persempadanan maritim yang dipersetujui Triti Laut Sulawesi tidak langsung membabitkan kawasan disebut sebagai Ambalat.

“Bagaimanapun masih terdapat baki sempadan yang perlu dirundingkan iaitu membabitkan wilayah perairan laut,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi Kementerian Luar di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut menegaskan, kerajaan tidak akan mengambil ringan dan sewenang-wenangnya membuat keputusan dalam isu berkait sempadan maritim kerana membabitkan kedaulatan negara.

“Namun pada masa sama, negara juga perlu menghormati hubungan diplomatik yang baik bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran dengan mana-mana negara jiran,” katanya.

Tambah beliau, disebabkan proses ratifikasi yang berbeza oleh kedua-dua negara, dokumen triti itu masih belum boleh dikongsi kepada umum.

Sementara itu, mengenai soal isu Laut China Selatan, Malaysia berpendirian semua negara perlu mengurangkan kehadiran kapal perang di perairan itu bagi mengekalkan keamanan, kestabilan dan mengelak ketegangan.

“Isu berkait Laut China Selatan satu isu yang kompleks dan sensitif berikutan tuntutan bertindih beberapa negara. Jadi isu ini perlu dikendalikan secara menyeluruh dan setiap tindakan diambil kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan komprehensif.

“Dalam hal ini, Malaysia komited untuk menangani isu Laut China Selatan secara konstruktif dan mengikut forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

“Dalam mempertahankan kedaulatan negara, kerajaan harus mengambil sikap berhati-hati dan mengelak tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan dan insiden tidak diingini di perairan negara,” katanya. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related