PM Anwar gulung Kajian Separuh Penggal RMK-12 petang ini

KSP RMK12 ialah jaminan teguh kerajaan dalam memenuhi tuntutan reformasi yang diharapkan rakyat, sekali gus memaknai semangat Malaysia Madani

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada 4.30 petang ini.

“Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu dan insya-Allah saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini,” katanya dalam catatan menerusi Facebook hari ini.

KSP RMK12 dibentangkan Perdana Menteri pada 11 September lepas bermatlamatkan “Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”, dengan memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi menghasilkan keberhasilan yang disasarkan.

KSP RMK12 ialah jaminan teguh kerajaan dalam memenuhi tuntutan reformasi yang diharapkan rakyat, sekali gus memaknai semangat Malaysia Madani. 

Sesi perbahasan usul KSP RMK12 berlangsung selama tiga hari bermula 12 Sept lepas dan disusuli dengan penggulungan oleh kementerian berkaitan selama dua hari bermula semalam. – 19 September 2023

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related