KPDN akan lancar Jualan Rahmah Beras: Fuziah

Walaupun beras bukan barangan kawalan di bawah KPDN, pelancaran itu susulan kementerian terbabit cakna dengan rintihan setiap hari rakyat yang terbeban dengan harga makanan asas itu

6:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melancarkan Jualan Rahmah Beras, bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaan beras tempatan.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, melalui program itu, pengguna boleh mendapatkan beras pada harga subsidi, menerusi peruntukan RM150 juta yang sudah diluluskan di Parlimen.

Jelasnya, beras adalah barang kawalan yang bukan di bawah kuasa KPDN untuk mengawal harganya.

“Akan tetapi apabila hari-hari kita mendengar rintihan rakyat, maka KPDN cuba mencari jalan bagaimana dalam ruang lingkup kementerian ini, kita boleh selesaikan isu kenaikan harga beras import dan ketiadaan beras tempatan seperti didakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi KPDN di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Fuziah memaklumkan, menyedari kebergantungan negara kepada barangan mentah diimport seperti gula dan bawang, KPDN sudah melaksanakan beberapa mekanisme bagi mengawal harga barangan itu supaya tidak membebankan rakyat.

“Ya, sekarang ini Malaysia banyak mengharapkan kepada barang import… sebab itu kita terikat dengan dasar negara lain, contohnya India tak mahu eksport gula dan ingin menaikkan cukai eksport bawang, maka tentu ia akan meninggalkan kesan kepada negara kita.

“Bagaimanapun kita cuba kawal sebaik mungkin. Contohnya kita letak harga siling supaya kita boleh kawal seperti gula. Kemudian ada yang kita kawal dan subsidikan seperti telur gred A, B dan C.

“Di samping itu kita juga ada Jualan Rahmah dan kita beri diskaun 10 hingga 30 peratus,” katanya. – 18 September, 2023 -ends-

Topics

 

Hangat

Ajith Kumar launches racing team, set to compete in global events

The popular Tamil actor and professional racer expands his motorsport career with ‘Ajith Kumar Racing,’ aiming to support young talent in international racing series

Beasley eager to step up Malaysia’s cycling game following MNCF promotion

For years during Christmas, new technical director has opened up his home to national cyclists to create better bond

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related