MoU tingkatkan pembelian minyak sawit dari China kepada 500,000 tan setahun: PM

MoU tersebut pastinya akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil

10:51 PM MYT

 

NANNING – Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu) akan menyaksikan pembelian minyak sawit dari China meningkat kepada 500,000 tan setahun daripada 250,000 tan setahun sebelumnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MoU tersebut pastinya akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil.

“Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia merupakan satu kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat,” katanya dalam sidang media pada akhir lawatan kerja sehari beliau di sini.

Dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion, MoU antara Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu hari ini melibatkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berserta beberapa menteri Malaysia, telah menyaksikan pertukaran MoU tersebut sempena lawatan kerja sehari beliau ke Nanning, China untuk menghadiri majlis perasmian  Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-20, dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) – 17 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related