Tubuh jawatankuasa neutral kaji langkah pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya: peguam

Pakar berpendapat bahawa apa yang perlu dilakukan ialah memastikan tidak berlaku campur tangan mana-mana pihak berkepentingan, khususnya ahli politik

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakar perundangan menyambut baik langkah pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya namun mahu kajian terperinci dilakukan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Ia termasuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas atau diraja bagi mengkaji pelaksanaannya.

Menurut seorang peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan tidak berlaku campur tangan mana-mana pihak berkepentingan, khususnya ahli politik.

“Jawatankuasa itu perlu disertai oleh individu seperti bekas hakim negara, bekas peguam negara mahupun peguam kanan.

“Kalau negara luar yang matang, bila ada cadangan penting begini, mereka akan tubuhkan satu jawatankuasa neutral atau diraja untuk mengkajinya. Justeru, perkara ini adalah serius dan tidak boleh dibuat main oleh mana-mana pihak,” katanya.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, jawatankuasa itu perlu disertai oleh individu seperti bekas hakim negara, bekas peguam negara mahupun peguam kanan – Gambar Facebook, 19 September, 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan komited untuk melaksanakan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti institusi perundangan. Ia juga selaras dengan amalan baik negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.

Menurut Azalina, pengasingan kuasa ini juga sesuai dengan manifesto yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Mengulas lanjut, Haniff berkata meskipun langkah pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilihat baik, namun ia bukan sesuatu yang mudah terutama bagi memastikan proses pendakwaan bebas sepenuhnya daripada campur tangan badan eksekutif.

“Kalau pelantikan Peguam Negara tidak mengapa jika dilantik dalam kalangan individu yang berpihak kepada kerajaan namun Pendakwa Raya tidak boleh ada penglibatan badan eksekutif dan kalau dicadangkan oleh organisasi melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, ahlinya perlu seimbang antara blok pembangkang dan kerajaan.

“Sebab itu, keseimbangan itu perlu dilakukan di samping ia perlu dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat agar ia boleh diadili dengan teratur, namun adakah mereka sanggup untuk melakukannya,” katanya.

Profesor Datuk Shamrahayu Abdul Aziz pula berpandangan, kajian secara terperinci perlu dilakukan bagi memastikan tiada kelompongan yang berlaku sekiranya pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya mahu direalisasikan oleh kerajaan – Gambar Facebook, 17 September, 2023

Sementara itu, pakar perlembagaan, Profesor Datuk Shamrahayu Abdul Aziz pula berpandangan, kajian secara terperinci perlu dilakukan bagi memastikan tiada kelompongan yang berlaku sekiranya pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya mahu direalisasikan oleh kerajaan.

“Saya setuju dengan pengasingan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya. Keperluan untuk tetapkan kuasa Peguam Negara hanya untuk menasihati dan pendakwa raya untuk membuat pertuduhan.

“Kalau di United Kingdom tidaklah sepenuhnya terpisah, Amerika Syarikat proses pelantikan, India sepenuhnya terpisah. Jadi kita kena kaji cara bagaimana negara ini mengambil perhatian tentang pelantikan kuasa dan juga pemecatan,” katanya. – 19 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

Related