KUALA LUMPUR – 16 tahun sudah berlalu sejak kematian tragis Nurin Jazlin dan sejak itu, bapanya Jazimin Abdul Jalil tidak pernah ‘tenteram’.
Ingatan kepada anak keduanya itu yang hilang ketika berusia lapan tahun, tidak pernah padam.
Apa yang diharapkan oleh Jazimin ialah pelaku kejam itu dapat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007. Kehilangannya ketika itu menjadi tanda tanya sehinggalah pada pagi 17 September 2007, mayatnya ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya.
Namun sehingga kini pelaku masih bebas dan kes juga belum selesai.
Scoop.my berkesempatan menemui Jazimin pada awal minggu ini, sempena hari lahir Nurin pada 11 September lalu.
Jika Nurin masih ada, usianya kini mencecah 24 tahun. – 17 September, 2023