Ketiadaan Wan Fayhsal dan Fadhli di Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia cetus tanda tanya

Tun Faisal berkata, Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia diselaraskan oleh badan bukan kerajaan (NGO), bukannya parti politik

10:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketidakhadiran pemimpin Perikatan Nasional (PN) iaitu Ketua Angkatan Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari ke Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di ibu kota hari ini telah mencetuskan banyak persoalan.

Bukan itu sahaja, gambar Wan Fayhsal dan Fadhli yang berada di dalam sebuah hotel dipercayai berhampiran kawasan himpunan tersebut bersama-sama Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz serta individu lain, yang dimuatnaik dalam Facebook Fadhli turut mengundang pelbagai tanda tanya.

Dalam tulisan di Facebook berkenaan, Fadhli menulis kapsyen:

“Jom solat Zohor berjemaah di Masjid Kg Baru Kuala Lumpur.

Ia menyebabkan hantaran tersebut dihujani dengan persoalan daripada orang ramai yang ingin tahu kenapa beliau tidak turun ke himpunan terbabit sedangkan Wan Fayhsal dan Fadhli disifatkan sebagai penggerak kepada perhimpunan terbabit.

Mengulas mengenai perkara itu, Tun Faisal yang juga Ahli Majlis Tertinggi Muafakat Nasional (MN) berkata, Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia diselaraskan oleh badan bukan kerajaan (NGO), bukannya parti politik.

Justeru katanya, jika Wan Fayhsal dan Fahdli ingin terlibat sama, mereka boleh datang ke perhimpunan berkenaan.

“Macam saya sendiri mewakili MN jadi ia (himpunan) bukan inisiatif parti maka kita tidaklah wajibkan jemputan atau menyusun mereka untuk berucap.

“Ini lebih kepada koordinasi dalam kalangan NGO yang menjadi sekretariat bersama, ia adalah loose organization bukan dari parti.

“Jadi kita tidak jemput Ahli Parlimen untuk terlibat sama kecuali jika mereka rasa nak terlibat mereka datanglah, ini bukan macam Bersih dahulu, ini hanya ‘gerakan aman’ sahaja,” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan ketika himpunan itu mula dihebohkan ada ura-ura parti politik tertentu akan turut serta namun semakin menghampiri tarikhnya, koordinasi untuk himpunan tersebut dilihat tidak tersusun.

“Jadi gabungan sekretariat ini sukarela untuk mengkoordinasi dan perancangannya mudah sahaja iaitu solat, kemudian berjalan buat laporan polis dan tentukan siapa yang akan berucap.

“Rasanya mereka (Ahli Parlimen) ada urusan lain tetapi kita tidak wajibkan siapa-siapa terlibat. Macam Ahli Parlimen ni mungkin ada perkara atau gerakan lain yang mereka usahakan,” katanya yang turut memaklumkan ada melihat kelibat Fadli di Masjid Jamek Kampung Baru namun tidak berkesempatan bertegur sapa.

Terdahulu, Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia telah diadakan hari ini dengan lokasi himpunan adalah di Masjid Jamek Kampung Baru dan kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related