Anwar adakan lawatan ke China esok atas pelawaan Perdana Menterinya

Selain membincangkan status hubungan dua hala Malaysia dan China, Anwar akan menghadiri makan tengah hari dihoskan Qiang untuk meraikannya

6:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan sehari ke China esok atas jemputan Perdana Menteri negara berkenaan, Li Qiang untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 di Nanning, Wilayah Guangxi.

Wisma Putra dalam kenyataannya memaklumkan, lawatan Perdana Menteri itu akan diringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin serta pegawai kanan kerajaan.

“Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan semasa Majlis Perasmian CAEXPO dan China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), bersama Li Qiang serta pemimpin ASEAN lain.

“Perdana Menteri turut akan merasmikan ‘Astaka Malaysia’ semasa Ekspo terbabit,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut kenyataan itu, Anwar juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Qiang.

Katanya, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan status hubungan dua hala Malaysia dan China, selain bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang memberi kepentingan bersama.

“Premier Li Qiang (juga) akan menghoskan makan tengah hari bagi meraikan Perdana Menteri,” katanya.

CAEXPO adalah pameran antarabangsa terbesar dianjurkan China dan ASEAN yang berfungsi sebagai platform bagi ahli perniagaan serta perusahaan meneroka kerjasama, selain mempromosikan produk di kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia.

Malaysia menyertai acara berkenaan sejak penubuhannya pada tahun 2004, dengan menyaksikan 107 syarikat negara mengambil bahagian di bawah Astaka Malaysia pada tahun ini dan dikoordinasikan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Antara industri yang dipromosikan Malaysia di acara terbabit, adalah perkhidmatan, seperti makanan dan minuman; kesihatan dan kesejahteraan; gaya hidup serta produk hijau.

Kenyataan sama memaklumkan, penyertaan Malaysia dalam CAEXPO ke-20, adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjalin hubungan ekonomi lebih erat dengan kerajaan China dan komuniti perniagaan di rantau ini.

Ujarnya, lawatan Anwar ke republik berkenaan, membolehkan kedua-dua pihak meluaskan perkongsian sedia ada, mengenal pasti potensi bidang kerjasama baharu dan mengukuhkan rangkaian perniagaan antara sektor swasta.

Malah, katanya, lawatan itu juga bertepatan dengan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia dan China tahun ini serta sebagai persediaan menjelang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik yang bakal disambut pada tahun 2024.

“Pada tahun 2022, China adalah rakan dagangan terbesar ASEAN, dengan nilai dagangan berjumlah RM3.19 trilion (USD722.2 bilion), meningkat 7.8 peratus daripada tahun 2021.

“Nilai pelaburan langsung asing dari China ke ASEAN pula dicatatkan sebanyak RM67.52 bilion (USD15.3 bilion) pada tahun sama,” katanya. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related