Mana ada pintu pagar Masjid Jamek Kampung Baru dikunci, itu fitnah

Pengesahan itu dibuat sekretariat perhimpunan, malah mendakwa ia bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap program

3:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa pintu utama Masjid Jamek Kampung Baru dikunci penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia adalah tidak benar dan fitnah.

Perkara itu disahkan sumber daripada sekretariat perhimpunan terbabit dan menegaskan dakwaan berkenaan bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap program dianjurkan pembangkang.

Berdasarkan tinjauan Scoop, sememangnya pagar itu tidak ditutup sehingga peserta himpunan memulakan perarakan menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Tidak benar perkara itu, saya sudah datang sejak 10 pagi sampai peserta berarak tiada pun pagar utama atau mana-mana pintu ditutup. Itu adalah tindakan salah.

“Jangan buat fitnah, Jabatan Unit Amal membantu pihak berkuasa untuk mengawal lalu lintas, di samping memastikan tiada kekecohan sehingga menggugat keselamatan peserta kerana kami mahu berhimpun secara aman,” katanya kepada Scoop ketika ditemui di hadapan Sogo, hari ini.

Terdahulu, media mendakwa pintu utama Masjid Jamek Kampung Bharu di sini, dikunci penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia, dipercayai bagi mengawal kehadiran orang ramai yang menyertai demonstrasi aman itu.

Himpunan Selamatkan Malaysia diadakan bagi menunjukkan bantahan terhadap keputusan kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Peserta berarak dari Masjid Jamek Kampung Baru menuju ke pusat membeli-belah, Sogo.

Sumber daripada sekretariat perhimpunan memaklumkan, selepas ke Sogo, peserta akan melakukan perarakan ke Dataran Merdeka. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related