Laporan awal nahas Elmina: Fail audio, CVR pesawat akhirnya dipulih makmal AS

Bahan itu kemudian diserah kepada tiga agensi yang membuat kesimpulan bahawa fail berkenaan berjaya diselesai serta pemulihan data CVR diperoleh

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Fail audio dan kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina pada 17 Ogos lalu, berjaya dipulihkan Makmal L3Harris Technologies di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Menerusi laporan awal nahas terbabit yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MoT) hari ini, pemulihan CVR itu dilakukan pada 28 Ogos lalu selepas ia gagal dipulihkan makmal di Singapura.

“Fail audio daripada pesawat berkenaan yang dimuat turun kemudian diberikan kepada tiga agensi. Tiga agensi berkenaan ialah Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) MoT, Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) AS untuk dianalisis.

“Pasukan itu menyemak fail audio yang diambil dan membuat kesimpulan bahawa fail berkenaan berjaya diselesai serta pemulihan data CVR kemalangan berjaya diperoleh,” katanya.

Laporan itu juga menyatakan, kaedah asas ‘pembinaan semula’ bangkai kapal terbang digunakan bagi mengenal pasti bahagiannya, komponen dan pemasangan loji kuasa untuk siasatan lanjut.

Dalam insiden pada jam 2.50 petang itu, 10 individu disahkan maut selepas pesawat jenis Beechcraft Premier 1, terhempas berhampiran kawasan perumahan Bandar Elmina, Shah Alam.

Lapan daripada individu terbabit adalah penumpang, selain dua kru pesawat, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Tragedi itu turut mengorbankan Exco Kerajaan Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related