MBOR iktiraf Ladang Sindiyan sebagai tanaman Musang King terbesar negara

5:38 PM MYT

 

GUA MUSANG – Ladang Sindiyan dengan keluasan hampir 3,000 hektar di Tanah Tinggi Lojing di sini diiktiraf sebagai tanaman durian Musang King terbesar dalam negara oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) hari ini.  

Ketua Pegawai Eksekutif Sindiyan Plantation Sdn Bhd Symantha Chai berkata lebih 200,000 pokok durian Musang King diusahakan di ladang berkenaan. 

Beliau berkata syarikatnya telah menjalankan pelbagai cara penanaman semenjak 2016 bagi mendapatkan kaedah yang betul sebelum berjaya mengembangkan ladang tanaman sehingga mencapai keluasan pada hari ini. 

“Kami cukup berbangga dengan pencapaian diraih oleh Ladang Sindiyan. Misi kami adalah untuk membangunkan usaha niaga agrikultur dan agropelancongan yang mampan. Usaha ini akan membawa limpahan sosioekonomi kepada penduduk setempat serta membawa kelestarian kepada alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai ladang Musang King terbesar di Malaysia, di Tanah Tinggi Lojing, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Muhamed Fadzli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd Datuk Anna Teo.

Mengulas lanjut, Chai berkata sebanyak 60,000 tan metrik penghasilan durian disasarkan setiap tahun menerusi usaha sama dengan pengeksport durian terbesar iaitu Syarikat Hernan Corporation Sdn Bhd. 

“Usaha sama eksklusif ini akan dapat memenuhi permintaan tinggi dunia terhadap durian Malaysia dan produk berasaskan durian. Kami telah mengembangkan operasi untuk memenuhi permintaan durian di negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat,” katanya. 

Chai berkata usaha sama itu juga membolehkan kualiti buah dikekalkan dengan bantuan pengalaman lebih 40 tahun berkaitan teknik kultivasi serta pengurusan ladang untuk dihantar kepada pelanggan di setiap peringkat huluan sehingga hiliran. 

“Kami akan kekal komited untuk menjadi peneraju dalam perniagaan durian di dalam dan luar negara dan akan terus memodenkan operasi dan mengembangkan ladang pada masa hadapan,” katanya. – 14 September, 2023

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related