Kerajaan disyor salur dana khas RM1 bilion kepada pemandu e-hailing – Syed Saddiq

Dana itu untuk dimasukkan ke akademi dalam industri untuk program ‘upskilling and reskilling’

2:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kerajaan menyalurkan dana khas RM1 bilion menerusi program mikro kredit kepada pemandu e-hailing.

Beliau berkata, dana itu dicadang disalurkan ke akademi dalam industri menerusi kredit mikro untuk peserta yang mahu membantu meningkat serta menambah kemahiran mereka.

“Saya cadang dana khas RM1 bilion untuk dimasukkan ke akademi dalam industri untuk program ‘upskilling and reskilling’ melalui pemberian kredit mikro yang disasarkan kepada pemandu e-hailing.

“Ini isu nasional kerana kajian terbaharu dilakukan, lebih 50 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu lagi masuk universiti, ingin terus bekerja dan ramai mahu bekerja dalam sektor e-hailing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Syed Saddiq menegaskan, dengan meningkatkan kemahiran, pekerja dalam bidang e-hailing juga mampu menambah gaji mereka.

“Maksudnya pemandu e-hailing hari ini mereka bekerja pagi ke malam, kadang bila nak tingkatkan kemahiran mereka perlu daftar kelas atas talian, belajar waktu malam atau hujung minggu.

“Kos kursus juga tinggi yang mana untuk tempoh tiga hingga enam bulan RM50,000, tapi jika mereka tak tingkat kemahiran, mereka akan terperangkap dalam sektor sama dan gaji sama, jadi saya harap cadangan ini dapat dipertimbang,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, biarpun peruntukan tinggi kepada sektor pendidikan, namun negara ini masih ketinggalan, termasuk kepada jiran seperti Singapura yang meninggalkan Malaysia tiga tahun keterbelakang dalam pendidikan.

Beliau turut menggesa supaya kerajaan dapat meneruskan program pemberian bantuan pendidikan seperti bantuan komputer riba dan tablet.

“Ini bukan perkara kecil, anak-anak kita perlu ‘catch up’ dengan anak-anak di Singapura. Penilaian antarabangsa hari ini, anak Malaysia ketinggalan tiga tahun daripada anak di Singapura.

“Kalau tidak digitalisasikan sekolah terutama peringkat menengah dengan pemberian tablet dan komputer riba, saya risau (pendidikan) anak-anak kita akan jauh ketinggalan dengan anak-anak dari negara lain.

“Jangan amalkan konsep one off (sekali pemberian) sahaja pada tahun lepas, sebaliknya perlu wajib diteruskan di peringkat universiti dan sekolah menengah dengan bersasar kepada golongan pertengahan dan B40,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu intervensi kerajaan untuk menumpukan pengisian program selepas waktu sekolah dan semasa cuti kepada pelajar bagi mengurangkan jurang pendidikan.

“Ini bukan (cakap) kosong, ini daripada perincian dan kajian mendalam, anak-anak yang datang dari keluarga miskin perbezaan jurang pemahaman mereka meningkat, selepas mereka balik dari cuti (selalunya) prestasi pelajaran makin teruk, walhal mereka dari keluarga kaya meningkat dan melonjak (pelajaran) selepas balik cuti,” katanya. – 14 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related