Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Cadangan itu diyakini dapat memperkasakan lagi mahkamah syariah

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pelanjutan itu selaras dengan umur persaraan hakim Mahkamah Sivil.

Katanya, perkara terbabit akan diteliti sejajar keperluan semasa dan penambahbaikan institusi kehakiman syariah di negara ini.

“Perkara ini juga adalah antara disuarakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ketika kunjungan hormat di Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

“Tun Juhar mencadangkan agar umur persaraan hakim syarie di Sabah dan di negeri lain, disama rata dengan umur persaraan hakim mahkamah sivil ketika ini, iaitu 66 tahun.

“Ia kerana pada masa ini umur persaraan bagi hakim syarie bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh negara adalah 60 tahun,” katanya.

Beliau berkata, cadangan itu diyakini dapat memperkasakan lagi mahkamah syariah, selain memastikan hakim terus menyumbang kepada perkembangan perundangan kehakiman syariah di Sabah dan seluruh negara.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, lebih RM64 juta peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun ini, diagihkan untuk Sabah menerusi imbuhan tahunan dan elaun kepada 6,857 guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir.

Katanya, peruntukan itu bagi pembayaran imbuhan sebanyak RM850 sebulan kepada 1,699 imam; manakala elaun RM900 sebulan kepada 421 guru takmir dan elaun RM1,261.35 sebulan kepada 2,490 guru KAFA.

“Peruntukan ini juga merangkumi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM232.80 setahun kepada 4,367 imam, bilal, siak dan guru takmir.

“Malah, peruntukan ini termasuk bayaran khas one-off sebanyak RM600 kepada 1,699 imam, 2,247 bilal dan siak; 421 guru takmir dan 2,490 guru KAFA,” katanya. – 14 September, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related