ABIM gesa kerajaan, pembangkang duduk semeja cari kesepakatan

Muhammad Faisal berkata, pihaknya khuatir jika wabak politik kebencian berterusan, ia menjejaskan kestabilan negara, malah rakyat akan hidup pecah-belah

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak kerajaan dan pembangkang duduk semeja mencari kesepakatan bersama, terutama dalam isu pembangunan ekonomi rakyat, kestabilan politik serta isu menyegerakan agenda reformasi.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemerhatian dilakukan pihaknya terhadap situasi politik semasa mendapati, ia menghala ke arah permusuhan berterusan.

“ABIM khuatir jika wabak politik kebencian ini terus berlaku, ia akan menjejaskan kestabilan negara ini dan rakyatnya akan hidup dalam keadaan pecah-belah,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kesepakatan itu adalah sebagai langkah menuju pemeteraian persefahaman Persetujuan Keyakinan dan Pembekalan atau Confidence Supply Agreement (CSA).

Katanya, persepakatan itu penting untuk menstabilkan keadaan politik negara, selain membolehkan rakyat hidup secara harmoni tanpa dibayangi politiking keterlaluan.

Muhammad Faisal berkata, hanya dengan kestabilan politik sahaja, agenda semak dan imbang dapat dijalankan dengan berkesan.

“Ini secara langsung dengan CSA, akan membolehkan agenda reformasi institusi dijalankan secara menyeluruh serta segera, di mana ia turut membabitkan pihak pembangkang selaku pemegang taruh (stake holder).

“Kestabilan politik dirintis CSA ini juga, membolehkan usaha membangunkan ekonomi negara dapat dirancakkan, dengan hasilnya adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya. – 13 September, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related