Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia tetap diteruskan Sabtu ini: Wan Fayhsal 

Wan Ahmad Fayhsal berkata, undang-undang bahawa perhimpunan awam memerlukan permohonan permit daripada pihak berkuasa telah lama dimansuhkan

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan pada Sabtu ini akan diteruskan dan tiada keperluan untuk permohonan permit dilakukan, selaras dengan peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. 

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, undang-undang bahawa perhimpunan awam memerlukan permohonan permit daripada pihak berkuasa telah lama dimansuhkan. 

“Tiada sebarang arahan atau halangan oleh polis bahawa kami tidak boleh berhimpun. Mereka tiada sebarang masalah, kami dipanggil hanya untuk memberi maklumat secara terperinci berkenaan himpunan tersebut. 

“Polis tidak menyentuh (permit) kerana di bawah Seksyen 9, APA 2022 tidak perlu untuk memohon permit pun sebenarnya untuk berhimpun, dah hapuskan lama dah, asalkan ada maklumat awal. Sebab itu, Himpunan Selamatkan Malaysia akan tetap diteruskan Sabtu ini,” katanya ketika ditemui media di hadapan IPD Dang Wangi, hari ini. 

Turut hadir ialah Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.

Bagaimanapun lokasi himpunan tersebut hanya akan dimaklumkan nanti.

Himpunan Selamatkan Malaysia itu adalah anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) dan diadakan bagi membantah keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akal Budi.

Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, baju berwarna putih dengan membawa Jalur Gemilang akan menjadi tema Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia pada Sabtu ini. 

“Kita telah berunding dengan polis untuk pastikan perjalananan himpunan dalam keadaan selamat dan tiada kekecohan. Kita beri kerjasama dengan mereka dan kita akan selaraskan pada malam ini sebelum diputuskan dan diumumkan kepada awam, esok. 

“Tiada sebarang nasihat daripada polis setakat ini kerana kita hanya nak buat himpunan aman, kita tidak akan berarak ke jalanan. Tujuan kita juga untuk berkumpul bersama orang ramai menyambut Hari Malaysia, bukan nak buat demontrasi atau kekecohan,” katanya. 

Sementara itu, Ahmad Fadhli berharap pihak berkuasa dapat memberikan kerjasama dalam mengawal keselamatan peserta yang akan menyertai himpunan berkenaan pada Sabtu ini. 

“Kami telah beri kerjasama kepada polis dan telah memberikan maklumat. Insya-Allah kita sangat menghormati pihak polis dan kita mengharapkan kerjasama daripada mereka,’’ katanya. 

Dua hari lepas, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan perlu membuat permohonan mengikut prosedur di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam tempoh lima hari sebelum acara. – 13 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related