Rosak palang pagar, pendakwaan tarik balik pertuduhan Awal Ashaari

Pengadu dalam kes ini telah menarik balik laporan polis terhadap Awal Ashaari kerana perkara itu telah diselesaikan

5:53 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pihak pendakwaan dalam kes Awal Ashaari yang didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara, menarik balik pertuduhan terhadap selebriti itu di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata pihak pengadu telah memfailkan laporan polis untuk menarik balik aduan terhadap anak guamnya.

“Pengadu dalam kes ini telah menarik balik laporan polis terhadap Awal kerana perkara itu telah diselesaikan. Oleh itu, pendakwa raya menarik balik pertuduhan dan mahkamah telah menggugurkan pertuduhan dihadapi anak guam saya,” kata peguam itu ketika dihubungi selepas prosiding kes di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Pada 17 Mei 2022, personaliti televisyen itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik Pengurusan Challis Damansara yang nilai kerugian dianggarkan RM600.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, pada 11.30 pagi, 16 April 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, semakan di Instagram milik Awal mendapati selebriti itu memuat naik gambar dan hantaran yang menyatakan kes dihadapinya telah selesai.

“Alhamdulillah, hari yang baik buat kami semua. Setelah sekian lama, kes saya telah diselesaikan dan dakwaan terhadap saya ditarik balik di mahkamah pagi ini,” kata Awal. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related