Syor ‘gencatan perang’ hingga PRU-16 redakan suhu politik negara

Ketidakstabilan dalam negara akan menjejaskan kemasukan pelabur yang didakwa amat sensitif dengan himpunan besar-besaran

4:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hari ini mencadangkan supaya satu ‘gencatan perang’ diisytihar bagi meredakan suhu politik sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan.

Ahli Parlimen Bayan Baru dari Pakatan Harapan (PH), Sim Tze Tzin berkata, faktor yang menentukan kejayaan sesebuah negara menjadi maju atau gagal ialah suasana politik domestik di negara ini.

Beliau berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Malaysia masih belum berjaya meredakan suhu politik, bahkan suasana diburukkan lagi oleh sesetengah pihak yang gemar mencipta ketidakstabilan dengan menggunakan isu 3R (raja, kaum dan agama), semata-mata mahu ‘menangguk di air keruh’.

“Ada pemimpin politik masih melabelkan kaum Cina dan India sebagai kaum pendatang, walaupun sudah 100 tahun keluarga turun temurun kami berada di tanah air Malaysia.

“Ada pemimpin politik melabelkan kaum minoriti ini sebagai punca rasuah. Ada ulama politik selalu mengeluarkan dalil mengikut kesukaaan dan kesesuaian partinya.

“Polarisasi politik beracun inilah sudah dibuktikan mampu memecahbelahkan masyarakat Malaysia ke satu tahap yang amat membimbangkan,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, jika keadaan suhu politik itu tidak diredakan, ia mungkin menyebabkan syak wasangka dalam kalangan rakyat jelata.

“Pelaburan sebenarnya amat sensitif kepada masalah politik domestik. RM1.23 trilion pelaburan akan lari jika kita terus berbalah.

“Sekarang masa untuk fokus kepada ekonomi dan perpaduan negara. Saya seru gencatan perang politik Malaysia diadakan sehingga PRU-16,” katanya.

Sehubungan itu, Tze Tzin berkata, Malaysia perlu mencari forum yang sesuai untuk mencapai persetujuan politik, terutama berkenaan dengan isu sensitif membabitkan kaum, agama dan wilayah.

“Untuk mencapai matlamat tersebut, saya ingin mencadangkan kepada Parlimen untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Kaum dan Kestabilan Negara.

“Jawatankuasa ini bertujuan mewujudkan satu forum untuk membincang dan mencari penyelesaian kepada segala isu sensitif membabitkan perkauman, agama dan wilayah.

“Penubuhan jawatankuasa itu bertujuan mencapai titik pertemuan segala masalah perkauman dan agama dalam keadaan rasional serta penuh rahmah. Jawatankuasa itu boleh memanggil dan melawat wakil kaum di seluruh pelosok negara untuk memahami antara satu sama lain,” katanya.

Beliau juga menggesa pembangkang untuk tidak membuat demonstrasi pada 16 September ini, yang hanya akan menakutkan pelabur.

“Kita ada kebebasan, boleh bersuara di sini, tidak ada masalah, tetapj pelabur amat sensitif dengan himpunan besar-besaran.
“Dan hari itu juga Hari Malaysia yang mana kita harus bersama-sama bersatu padu, bukan masa adakan demo yang ancam perpaduan,” katanya. – 12 September 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related