Umno bertanding solo: Ia mampu galak sokongan akar umbi, redakan peralihan undi

Bagaimanapun, ada penganalisis menyifatkan kenyataan Isham agak mengelirukan apabila mahu Umno bertanding solo, tetapi kekal dalam Kerajaan Perpaduan

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemerosotan sokongan terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh dikekang jika parti itu memilih bertanding solo dalam pilihan raya.

Penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub berkata, keadaan itu perlu dinilai secara serius parti keramat Melayu terbabit, sekiranya ia mahu terus kekal relevan mendapat sokongan orang Melayu dan ahlinya.

“Meskipun bertanding solo masih berisiko kepada Umno-BN, tetapi tindakan ini mampu meredakan peralihan undi kepada Perikatan Nasional (PN).

Mohammad Tawfik Yaakub berkata, meskipun bertanding solo masih berisiko kepada Umno-BN, tetapi tindakan itu mampu meredakan peralihan undi kepada Perikatan Nasional (PN) – Tangkapan layar, 11 September, 2023

“Malah masih terdapat orang Melayu yang ‘alergik politik’ dengan DAP, meskipun pelbagai usaha dilakukan pemimpin Umno untuk merasionalkan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua parti.

“Bagi saya, tindakan kerjasama dalam sebuah kerajaan dan bertanding secara solo, tidak bertentangan dengan mana-mana Perlembagaan parti sama ada UMNO, BN atau Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada Scoop.

Hari ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mencadangkan agar parti itu bertanding solo pada pilihan raya akan datang dalam usaha memulihkan keyakinan akar umbinya.

Beliau berkata, akar umbi menolak DAP bukan disebabkan indoktrinasi propaganda, tetapi hakikat sememangnya perjuangan parti itu amat bertentangan dengan perjuangan Umno.

Hari ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mencadangkan agar parti itu bertanding solo pada pilihan raya akan datang dalam usaha memulihkan keyakinan akar umbinya – Gambar Facebook, 11 September, 2023

Menurutnya, DAP memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ yang mahu kesamarataan, yakni penghapusan hak keistimewaan Melayu, tetapi perjuangan asas Umno pula tegar mempertahankan hak terbabit.

Mohammad Tawfik yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Fakulti Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya (UM) berkata, setiap parti perlu menjaga sensitiviti ahli dan akar umbi.

“Jika Umno-BN terus berdegil tanpa mencari formula ajaib segera saya khuatir tidak mustahil Umno-BN pada PRU-16 nanti, prestasi Umno-BN semakin buruk,” katanya.

Tambah beliau, selain bergerak secara solo pada pilihan raya, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid perlu berehat dan bercuti daripada kedudukannya bagi memulihkan keyakinan terhadap Umno.

“Beliau juga sudah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh mahkamah berkaitan 47 kesnya. Saya yakin bukan sahaja ahli dan akar umbi, malah orang Melayu serta rakyat kembali meletakkan kepercayaan kepada Umno-BN,” katanya.

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan pula menyifatkan kenyataan Isham agak mengelirukan apabila mahu Umno bertanding solo, tetapi kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kekalnya (Umno) dalam Kerajaan Perpaduan sekarang punca Umno ditolak kerana persepsinya, DAP sudah mengawal Umno dan Umno tidak mampu mengawal DAP.

Azmi Hassan berkata, isunya adalah selagi kekalnya Umno dalam Kerajaan Perpaduan, maka selagi itu akan terus berlegar persepsi bahawa Umno tidak dapat menongkah arus DAP – Gambar UTM, 11 September, 2023

“Kalau hendak diungkapkan Umno pergi solo, memang sudah solo selama ini, ketika Pilihan Raya Negeri lepas Umno memang solo tapi dibantu PH,” katanya.

Beliau berkata, isunya adalah selagi kekalnya Umno dalam Kerajaan Perpaduan, maka selagi itu akan terus berlegar persepsi bahawa Umno tidak dapat menongkah arus DAP.

“Walaupun (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke pada Persidangan DAP baru-baru ini, mengatakan kesamarataan ‘Malaysian Malaysia’, itu hakikatnya tetapi berpaksikan Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Jadi Isham perlu berterus-terang, kalau hendak kuatkan Umno, hendak pergi solo, (jadi) perlu keluar Kerajaan Perpaduan, tidak boleh jadi seperti Presiden Muda, Syed Saddiq, keluar bench kerajaan masuk bench pembangkang,” katanya. – 11 September 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related