Umat Islam dinasihat pilih restoran ada logo halal Jakim

Umat Islam juga digalakkan melayari portal rasmi Halal Malaysia di halal.gov.my atau memuat turun aplikasi Verify Halal

7:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar menasihati umat Islam agar berhati-hati dan memastikan bahawa restoran yang dikunjungi mempunyai status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau berkata ini penting kerana benda yang dimakan akan menjadi darah daging.

“Saya menasihati seluruh masyarakat Islam agar berhati-hati bila kita ke restoran dan tempat makan, sebagai orang Islam kita digalakkan tengok ada logo halal atau tidak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran TH Khairat di Menara Tabung Haji di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta mengulas video tular baru-baru ini berhubung status halal sebuah premis nasi ayam claypot di Seri Petaling yang menggunakan wain beras dalam masakan.

 “Saya ulangi apa yang JAKIM sebut bahawa pemilik restoran tersebut bukan pemilik sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh badan autoriti,” katanya.

Beliau berkata JAKIM mempunyai cara untuk mengenal pasti sama ada sesebuah restoran memiliki sijil halal atau sebaliknya.

Katanya umat Islam digalak melayari portal rasmi Halal Malaysia di halal.gov.my atau memuat turun aplikasi Verify Halal bagi membolehkan mereka mengetahui sama ada pemilik sesebuah restoran mempunyai sijil halal atau tidak. 

Mengulas produk TH Khairat iaitu perlindungan takaful sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh yang dilancarkan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, Mohd Na’im berkata ia menawarkan langganan serendah RM28 setahun bagi pendeposit di institusi itu.

“Saya amat menghargai usaha Tabung Haji yang sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pendepositnya. Terima kasih diucapkan kepada warga kerja Tabung Haji, juga pengendali takaful yang bekerjasama menjayakan inisiatif ini iaitu Takaful Malaysia dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

“Saya melihat usaha ini selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang satu daripada enam terasnya ialah ihsan. Ihsan atau rahmah ditakrifkan sebagai memelihara dan menyediakan keperluan asas yang diperlukan demi kesejahteraan semua pihak,” katanya. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related