Bantuan segera RM800 juta selesai gangguan bekalan air

Bantuan itu sebahagian daripada kos keseluruhan yang mencecah RM5 bilion bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan segera RM800 juta bagi menyelesaikan gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat.

Perdana Menteri berkata, bantuan itu sebahagian daripada kos keseluruhan yang mencecah RM5 bilion bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah.

“Kerajaan tidak sesekali akan berlengah untuk menyelesaikan gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat.

“Kerajaan juga akan memulakan langkah untuk mereformasi model industri air di seluruh negara supaya lebih mampan dan holistik.

“Isu berhubung kait dengan air tidak berhasil (NRW) masih menyelubungi beberapa negeri yang menjadi tantangan kepada penyediaan bekalan air yang cekap kepada rakyat, ditambah lagi dengan tekanan terhadap keperluan kos yang sangat besar untuk mengatasi masalah banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu Anwar berkata, kerajaan memberi komitmen membiayai projek tebatan banjir dengan kos mencecah hampir RM22 bilion dalam RMK-12.

Perdana Menteri berkata, keperluan peruntukan yang begitu besar itu bagi mengatasi masalah rakyat dengan memberikan kewajaran untuk kerajaan menguruskan isu air dan banjir secara holistik dan bersepadu.

“Kerajaan juga akan terus meneroka kawasan yang bersesuaian bagi pengabstrakkan sumber air bawah tanah dengan membina lebih banyak telaga tiub dan pembinaan empangan bawah tanah.

“Selain itu, usaha akan digembleng untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi melalui projek Takungan Air Pinggiran Sungai.

“Penerokaan sumber baharu air dan pembinaan infrastruktur air itu akan dapat memastikan keterjaminan bekalan air yang bersih dan selamat kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Sektor Air 2040,” katanya. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related