Dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi diperkenal

Perdana Menteri berkata, industri nadir bumi akan muncul sebagai sumber pertumbuhan baharu berasaskan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang mampan dan mesra alam

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Dasar Mineral Negara baharu juga dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.

“Kebijakan ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan.

“Pemetaan terperinci sumber unsur nadir bumi dan model perniagaan menyeluruh yang menggabungkan industri huluan, pertengahan dan hiliran akan dibangunkan bagi mengekalkan rantaian nilai nadir bumi di dalam negara,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, industri nadir bumi akan muncul sebagai sumber pertumbuhan baharu berasaskan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang mampan dan mesra alam.

“Unsur ini diperlukan dalam pembuatan bateri, super magnet dan alatan elektronik.

“Industri nadir bumi dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara pada 2025 dan mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Terdahulu, perlombongan unsur nadir bumi (REE) menjadi isu hangat sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos lalu, khususnya di Kedah. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related