Agong, Raja Permaisuri teruskan perjalanan ke Sibu

Pada hari ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan berangkat ke dua lokasi persinggahan di daerah Bintulu, antaranya mengadakan kunjungan di Rumah Panjang Raymond Plen, Ulu Sebauh

10:05 AM MYT

 

BINTULU – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mengetuai Kembara Kenali Borneo, meneruskan perjalanan ke daerah Sibu yang melibatkan perjalanan kira-kira 213 kilometer (km), hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat dalam kembara berkenaan yang memasuki hari kesembilan itu.

Pada hari ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan berangkat ke dua lokasi persinggahan di daerah Bintulu antaranya mengadakan kunjungan di Rumah Panjang Raymond Plen, Ulu Sebauh.

Rumah panjang yang terletak 44km dari sini, menganjurkan beberapa acara sambutan meraikan keberangkatan tiba Seri Paduka berdua, antaranya program memasak dan santapan tengah hari bersama komuniti, memancing serta pengurniaan bantuan kepada golongan asnaf.

Usai berangkat ke rumah panjang berkenaan hingga 12.30 tengah hari, Seri Paduka berdua dijadualkan berkenan menunaikan solat di Masjid Darul Ibadah, Tatau, sebelum meneruskan perjalanan ke Sibu.

Dalam perjalanan itu, pasangan diraja berkenaan turut dijadualkan mengadakan persinggahan di luar Tokong Yu Lung San Tian En Si, sebuah tokong Cina terkenal yang terletak di pinggir bandar Sibu sebelum menuju ke hotel penginapan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga dijadualkan berkenan bersantapan bersama rakyat di Dewan MUC, Kampung Bandung, Sibu, malam ini.

Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah anakanda Seri Paduka berdua iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Kembara Kenali Borneo untuk merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak, mengakhiri pengembaraan di Sabah, pada 7 September lepas sebelum memasuki Sarawak melalui Brunei.

Penjelajahan sejak 3 hingga 13 September itu, bermula dari Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano di selatan Sarawak, melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related