Kajian separuh penggal RMK12 dibentang di Dewan Rakyat hari ini

Ia pembentangan pertama Kerajaan Perpaduan sejak membentuk kerajaan dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas PRU-15 pada 19 November lalu

8:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut takwim menerusi laman rasmi Parlimen, pembentangan KSP RMK12 yang dijadual bermula 10 pagi akan diteruskan dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen selama tiga hari bermula esok (Selasa), diikuti jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 dan 19 September.

Pembentangan KSP RMK12 yang turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube Parlimen Malaysia dan beberapa saluran televisyen, dijangka dibentangkan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul. 

Ini merupakan pembentangan KSP Rancangan Malaysia kali pertama Kerajaan Perpaduan sejak membentuk kerajaan dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November tahun lepas.

RMK12, dengan peruntukan RM400 bilion yang dibentangkan pada 27 September 2021, merupakan fasa pelengkap rancangan pembangunan lima tahun negara (2021-2025) ke arah mencapai status negara maju dan inklusif.

Penyediaan KSP RMK12 adalah untuk mengukur pencapaian sasaran bagi tempoh dua tahun pertama (2021-2022) serta hala tuju 2023-2025, merangkumi kajian semula sasaran, strategi, inisiatif, program dan projek pembangunan bagi matlamat pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

KSP RMK12 memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu penilaian dan semakan semula meliputi pencapaian, analisis jurang, cadangan penambahbaikan dan hala tuju.

Pada 7 September, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata, KSP RMK12 perlu dinilai 100 peratus kerana tanggapan ataupun perancangan yang dibuat sebelum Covid-19 sudah tidak boleh lagi dipakai dan kajian separuh penggal kali ini boleh disifatkan sebagai rancangan baharu untuk negara.

Pada 19 Jun lepas, Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian mengenai KSP RMK12 bersetuju supaya semua pihak bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepat pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related