Muda umum tarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan

Keputusan itu diumumkan menerusi platform media sosialnya

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Muar yang juga presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa Muda keluar dari Kerajaan Perpaduan dan berada di blok pembangkang.

Menurutnya, keputusan itu telah diambil selepas berbincang dengan ahli parti Muda yang lain dan meskipun ia adalah sesuatu yang sukar, namun ia perlu dilakukan.

Bagi tujuan tersebut, surat telah diutuskan kepada speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan mengenai keputusan menjadi kuasa ketiga.

“Ia adalah keputusan yang sukar tapi ia perlu dilakukan. Jalan ke depan akan menjadi panjang dan sepi tetapi bermakna.

“Malaysia akan terus didahulukan. Tindakan kerajaan hari ini menggugurkan 47 kes pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri menyukarkan Muda untuk terus kekal dalam kerajaan,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial.

Jelasnya, ini bukan kali pertama beliau membuat keputusan berdasarkan prinsip dan pernah ditawarkan jawatan menteri serta pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) semasa Langkah Sheraton pada 2020, namun beliau menolaknya.

Muda bagaimanapun, katanya akan menyokong segala reformasi institusi dan perihal rakyat.

“Saya akan mengadakan sesi live malam ini bagi menjawab segala persoalan untuk menjawab mengenai keputusan ini pada 8.30 malam ini – 10 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related