Warga emas maut, tujuh cedera dalam kemalangan enam kenderaan

Kejadian kira-kira 4.20 pagi itu melibatkan keseluruhan 21 mangsa, namun 13 daripadanya tidak mengalami sebarang kecederaan

2:07 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Seorang wanita warga emas maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM164.8 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Bukit Minyak-Sungai Bakap dekat sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 4.20 pagi itu melibatkan keseluruhan 21 mangsa, namun 13 daripadanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.30 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal digegaskan ke lokasi kemalangan.

“Sebaik pihak bomba tiba, didapati kemalangan itu melibatkan dua treler dengan satu daripadanya membawa muatan kayu terbalik melintangi jalan dan menyebabkan empat kereta turut terlibat dalam nahas.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dan beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan, dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB),” katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata wanita warga emas berusia 60-an itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah dipercayai dihempap kayu daripada treler tersebut.

Katanya wanita itu merupakan penumpang hadapan kereta jenis Toyota Corolla dan terdapat seorang lagi wanita berusia 50-an tersepit dalam kenderaan tersebut, namun berjaya diselamatkan.

Terdapat tiga lelaki berusia 20-an dalam kereta itu dan kesemuanya yang cedera ringan turut dihantar ke HSB.

“Pemandu treler yang membawa kayu iaitu seorang lelaki berusia 30-an mengalami kecederaan parah manakala dua lagi yang cedera ringan ialah dua wanita berusia 20-an dan 40-an iaitu pemandu dan penumpang kereta Perodua Bezza,” katanya.

Beliau berkata pemandu sebuah lagi treler dan 12 lagi individu masing-masing menaiki kereta Perodua Alza dan Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan. – 10 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related