Polis belum terima laporan insiden pengamal media dikasari di Johor: Ayob Khan

Beliau juga berkata setakat ini, proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram berjalan lancar

5:13 PM MYT

 

MUAR – Polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan insiden dua pengamal media di Johor yang dikasari pegawai pengiring seorang menteri pada Selasa lepas. 

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ketika ini, kenyataan mengenai insiden tersebut hanya dikeluarkan oleh sebelah pihak dan beliau sendiri belum mendapat laporan penuh berhubung perkara itu.

“Bagi masa sikit sebab setakat ini kenyataan dikeluarkan oleh pihak media sendiri, saya pun belum dapat laporan penuh daripada pihak polis berhubung perkara ini.

“Biasalah dalam keghairahan pihak media mendapatkan komen, mungkin timbul tolak-menolak tapi tunggulah siasatan penuh dijalankan, biasalah masing-masing menjalankan tugas,” katanya selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chai di sini hari ini. 

Beliau juga berkata setakat ini, proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram berjalan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Semalam media melaporkan bahawa dua wartawan wanita mendakwa menjadi mangsa kekasaran beberapa pegawai pengiring seorang menteri ketika membuat liputan program kempen PRK di Taman Anggerik dan Taman Dahlia di Johor Bahru pada Selasa.

Pegawai pengiring terbabit didakwa menghalang mereka ketika sidang media diadakan termasuk menyentuh tangan seorang wartawan wanita yang sedang membuat rakaman. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related