Pembakaran arang tradisional belum ‘pupus’, masih dapat permintaan tinggi

Teknik membakar kayu secara tradisional masih dikekalkan kerana memberi haruman dan rasa istimewa berbanding menggunakan pemanggang elektrik moden

9:29 PM MYT

 

KOTA TINGGI – Meskipun pada masa ini agak sukar mencari orang yang masih menggunakan arang batu dalam kehidupan seharian, namun bahan bakar itu masih relevan untuk digunakan terutama kepada mereka yang memasak menggunakan kaedah tradisional.

Penyelia, Polos Darwin cekap mengendalikan jentera berat bagi menyusun serpihan kayu sebelum dibakar menjadi arang. – Gambar Scoop, 9 September, 2023

Ini kerana memasak dengan menggunakan arang lebih istimewa berbanding menggunakan dapur gas. Malah kepada pengusaha makanan seperti ikan bakar, kuih bakar dan sate, memasak dengan menggunakan arang lebih ‘sedap’ dan mampu menarik perhatian pembeli.

Bagi seorang penyelia perusahaan arang, Polos Darwin, 45, teknik membakar kayu secara tradisional masih dikekalkan kerana memberi haruman dan rasa istimewa berbanding menggunakan pemanggang elektrik moden.

Pemain industri di Kota Tinggi masih menggunakan kayu terbuang yang diambil daripada pengusaha kilang kayu di Ulu Tiram, Pekan Nenas serta kawasan sekitar. – Gambar Scoop, 9 September, 2023

“Di sini kami bukanlah menggunakan kayu balak yang belum diproses, kami menggunakan kayu terbuang yang diambil daripada pengusaha kilang kayu di Ulu Tiram, Pekan Nenas serta kawasan sekitar.

“Walaupun kami tidak menawarkan kayu berkualiti, namun ia tetap menjadi pilihan peniaga yang mengusahakan perniagaan membakar kerana aromanya seakan sama namun mampu dibeli dengan harga yang jauh lebih murah,” katanya kepada Scoop ketika ditemui di tempat pembakaran arang secara tradisional di Kota Tinggi, hari ini.

Seorang pekerja sedang tekun memeriksa arang yang terhasil menggunakan kaedah pembakaran terbuka di Kota Tinggi. – Gambar Scoop, 9 September, 2023

Apa yang menjadi keunikan, Polos berkata, pembakaran arang di Kota Tinggi tidak menggunakan ‘gok’, seperti yang kebiasaannya digunakan oleh pengusaha arang tradisional susulan proses memasak mengambil masa panjang sehingga sebulan.

Menurut beliau, proses penghasilan arang daripada kayu buangan bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit dan mencabar sehingga menyebabkan industri ini kurang diminati oleh golongan generasi baharu.

Pengusaha arang di sini menggunakan kaedah pembakaran secara terbuka berbanding menggunakan ‘gok’ seperti kebiasaan. – Gambar Scoop, 9 September, 2023

“Di sini, kami membakarnya secara terbuka di mana kayu akan kita kumpulkan dalam longgokan besar dan pencetus untuk kita memulakan pembakaran, kita akan tabur serbuk kayu untuk mempercepatkan proses memasak yang hanya boleh makan masa selama kira-kira dua minggu.

“Bagaimanapun, kita perlu mahir mengesan bau sama ada arang berkenaan sudah masak sepenuhnya atau tidak. Di sinilah pentingnya pengalaman dan kemahiran tukang masak arang yang akan menentukan arang yang dihasilkan berkualiti,” katanya yang sudah berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang itu.

Seorang pekerja sedang mengasingkan bendasing atau kayu yang tidak terbakar menggunakan penapis khas sebelum diedarkan kepada pelanggan. – Gambar Scoop, 9 September, 2023

Mengulas lanjut, Polos berkata, selepas dimasak, arang tersebut akan ditapis bagi memastikan tiada bendasing atau kayu yang tidak terbakar dapat diasingkan sebelum diedarkan kepada pelanggan.

“Walaupun dilakukan secara tradisional, kita mampu mengeluarkan kira-kira antara 2,500 beg arang dalam masa sebulan namun, ia masih belum cukup untuk menampung permintaan di sekitar daerah. Saya menyangkal industri arang hampir pupus, sebaliknya ia boleh menjana pendapatan lumayan,” katanya. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related